Gambar kahwin Diddy dan Allen

 

Musim kahwin kembali lagi.Kini tiba masa untuk artis AF musim ke 4 Diddy.Dengan sebanyak dua kali lafaz, bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Syamsul Hirdi Muhid atau Diddy Hirdy sah menjadi suami kepada tunangnya, Allen Nor Azah Musa, sewaktu mereka diijabkabulkan di Masjid Jamek Jalil Hassan, Kg Pasir Puteh, Pasir Gudang, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Diddy yang dinikahkan oleh Penolong Daftar Nikah Cerai dan Rujuk, Mukim Pasir Gudang, Plentong, Johor Bahru, Hj Abd Rashid Elias memberikan wang hantaran berjumlah RM10,000 bersama mas kahwin sebanyak RM300 serta 7 dulang hantaran dan ia kemudian berbalas 9 hantar dari pihak perempuan.

Sungguhpun begitu, Diddy yang ditemui sejurus selepas berakhirnya majlis akad nikah itu mengakui berasa cukup terkilan apabila arwah ayahanda tercintanya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 September 2009 yang lalu tidak dapat bersama untuk melihat detik-detik yang cukup bersejarah dalam hidupnya itu.

“Diddy terkilan sebab ayah dah tak ada bersama hari ini. Sebenarnya, sebelum ini ayah yang beriya-iya dan merancang segalanya untuk pernikahan kami. Malah, Diddy terkejut apabila mendapat tahu, arwah ayah sudah tempah khemah kahwin sebelum dia meninggal.

“Tiada siapa tahu tentang tempahan tersebut sehinggalah pada hari Diddy pergi sendiri menempah khemah. Apapun, Diidy bersyukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” jelas Diddy.

Apa yang pasti, anak ke-5 dari 6 beradik ini mengenali isterinya sejak dari tingkatan 2 lagi. Malah, jejaka tinggi lampai ini amat lega kerana ikatan pertunangan yang mencecah selama 4 tahun selepas ianya mula terjalinpada 19 Februari 2006 berakhir dengan ikatan suami isteri.

“Malam tadi, Diddy tak senang duduk dan tak boleh tidur. Bukan sebab Diddy rasa gementar tetapi teruja menunggu saat untuk dinikahkan. Alhamdulillah, Allen sudah jadi milik Diddy sepenuhnya. Allen melengkapi hidup Diddy. Diddy juga senang dengan caranya. Kami bertunang seminggu sebelum Diddy datang uji bakat AF4 ,” kata Diddy.

Menyokong pendapat suaminya, Allen yang bertugas sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat mengakui cukup terpikat dengan Diddy kerana senyuman menawan yang dimilikinya penyanyi lagu Hilang itu.

Biarpun pasangan ini seringkali digosipkan sudah putus tunang, namun Allen mengakui bahawa kedua-dua sentiasa mengamalkan sikap saling percaya-mempercayai, jujur serta hormat-menghormati. Ia cukup penting dalam menjalinkan ikatan.

“Saya takkan pernah menghalang kerjaya Diddy. Saya juga tak ada perancangan untuk menjadi PA (Pembantu peribadi) kepadanya,” ujar Allen.

Mempersetujui pendapat isterinya, Diddy menjelaskan isterinya akan kekal menjadi orang belakang tabir. Malah, Diddy hanya mahu dia seorang saja berstatus selebriti.

“Syukurlah, kami dapat kawal segala gosip yang dilontarkan kepada kami. Terus-terang, kami rasa agak tertekan juga bila orang asyik bertanya benarkah berita kami putus tunang itu.

“Tapi percayalah, kami tak pernah pun putus tunang. Setakat gaduh manja-manja adalah. Malah, kami ada gelaran nama masing-masing. Diddy panggil Allen dengan gelaran Cinta manakala Allen panggil Diddy, sayang,” jelas Diddy.

Sementara itu, Diddy yang masih lagi berahsia tentang lokasi bulan madu kerana mahu memberikan kejutan pada isterinya turut mengakui bahawa dia dan Allen sudah bersedia untuk menimang cahaya mata sekiranya mereka diberikan rezeki lebih awal.

 
 

Pergaduhan Puteri Sarah dan Ammar tak betul?

 

Ingatkan sudah selesai isu pasangan kekasih yang bergaduh selepas beberapa kontroversi hangat melibatkan pasangan kekasih.Kini ada pula desas desus perihal Puteri Sarah dan pelakon hero Ammar Alfian Aziz yang bermasam muka .Macam-macam cerita sekarang ni , ada yang betul dan ada yang di ada-adakan oleh wartawan hiburan untuk gosip murahan supaya isu menjadi panas dan mendapat perhatian peminat.Apa pun, anda boleh baca sendiri ulasan di bawah.
ammar-puteri-sarah-seksi
Banyak pihak telah menyaksikan pertengkaran yang berlaku di antara pelakon wanita Puteri Sarah Liyana dengan kekasihnya Ammar Alfian Aziz sewaktu pasangan selebriti ini menghadiri majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, di Cathay, E-Curve, Damansara, petang kelmarin.

Gara-gara cemburu melihat Puteri Sarah bergambar mesra dengan Nabil, wajah Ammar dilaporkan serta-merta berubah menjadi masam mencuka. Malah, dia juga dikatakan segera beredar dari tempat itu untukk bersendirian di satu sudut hingga membuatkan semua orang yang berada di sekelilingnya termasuk Puteri Sarah sendiri berasa terpinga-pinga.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, murai.com.my telah menghubungi sendiri Puteri Sarah. Namun, dia telah menafikan bahawa wujudnya unsur cemburu sehingga berlakunya pertikaman lidah dengan pelakon lelaki yang membintangi drama bersiri Tari Tirana itu.

Bahkan, Puteri Sarah mendakwa, Ammar memberitahunya bahawa ada jurugambar dari salah sebuah akhbar harian yang telah mengasari dirinyahingga menyebabkan berlakunya sedikit ketegangan.

“Ketika saya sedang bergambar bersama Nabil, Ammar datang memberitahu saya bahawa ada jurugambar mengkasarinya. Saya tanya Amar, Kenapa? Amar jelaskan kepada saya, dia tidak mahu gambarnya diambil kerana itu bukan majlisnya. Biarlah awak saja bergambar dengan Nabil.

“Jurugambar yang ambil gambarnya tu, datang kepada saya dan memberitahu, kalau Ammar tak nak gambarnya diambil saya boleh delete sekarang,” kata Puteri Sarah.

Kejadian yang berlaku petang kelmarin turut mengejutkan ramai pihak termasuk pengarahnya, Aminah Rhapor. Lebih-lebih lagi bila Puteri Sarah tidak kelihatan di dalam sidang media Lu Pikirlah Sendiri de Movie terbitan SDAF Pictures Sdn Bhd sejurus selepas majlis pra-tontonnya diadakan.

Katanya, sebelum itu, pihak produksi telah berbincang dengan Nabil dan Puteri Sarah supaya tidak membawa pasangan kekasih masing-masing kerana tidak mahu tumpuan terhadap filem beralih pada hal peribadi,” katanya.

Puteri Sarah adalah salah seorang daripada pelakon yang membintangi filem yang ditunjangi Nabil sebagai pelakon utama. Turut menjayakan filem ini adalah Mila, Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Vanida Imran, Amy Search, Zizan, Zaibo, Ummi Nazeera serta tidak ketinggalan Fahrin Ahmad.

Menjelaskan pula tentang ketiadaannya secara tiba-tiba sewaktu majlis sidang media selepas pratonton filem tersebut diadakan, Puteri Sarah menjelaskan dia terpaksa bergegas pulang untuk berada di lokasi penggambaran bagi sebuah drama terbaru lakonannya.

“Pada masa sekarang memang saya sibuk berlakon untuk 2 drama iaitu Asmara Dana dan Atilia. Sebelum itu, saya sudah maklumkan kepada Pengurus Pemasaran SDAF Pictures Sdn Bhd , Kak Liza bahawa saya terpaksa beredar.

Bagaimanapun, saya tidak pula memaklumkannya kepada pengarah.

“Saya datang pun dengan kakak dan emak saya bukannya dengan Ammar. Saya sendiri pun tak tahu dia turut beredar awal dari situ.

“Saya pun jadi pelik kenapa boleh timbul cerita yang sebegini padahal tiada apa-apa pun yang berlaku sebenarnya. Saya tiada sebarang masalah pun sama ada dengan Ammar mahu pun Nabil. Ammar juga tidak bergaduh pun dengan Nabil,” kata Puteri Sarah.

Filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie mengisahkan tentang kehidupan sebenar Nabil sebelum bergelar juara Raja Lawak Musim Kedua yang mana dia pernah menjadi seorang penghantar surat, pencabut bulu ayam serta menjual kuey teow di pasar malam.

Filem terbitan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd dan edaran Grand Brilliance Sdn Bhd ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tempatan ini pada 11 Februari 2010 ini.

 
 

Noh Hujan bercinta dengan Mizz Nina

 

Nampaknya bibit cinta dah berputik antara Noh dari Band Hujan dan Mizz Nina.Peminat pun ada terserempak dengan Noh bersama Mizz Nina yang juga penyanyi kumpulan Teh Tarik Crew.Walaubagai mana pun Noh hanya mengaku berpasangan dengan Nina dalam majlis ViMa dan juga selalu bersama kerana urusan lagu album solo Nina yang bakal keluar.Noh juga tak nafkan dia masih dalam peringkat mengenal hati budi bersama Nina.


Gambar Noh Hujan dan Mizz Nina.

 
 

Perkahwinan Along Raja Lawak dan Zila

 

Along Raja Lawak akhirnya bergelar suami kepada Zila AF4 minggu lepas di Masjid Felda Lui Selatan 1, Bandar Seri Jempol.Hantarannya, boleh tahan jugak, RM17,119.Best jugak lakonan si Along ni dalam Filem Adnan Sempit.Agak kelakar la jugak untuk ditonton.Apa pun tahniah diucapkan kepada Along dan Zila.Semoga kekal ke anak cucu.

 
 

Yusry KRU beli Lamborghini Gallardo?

 

Yusry KRU pakai Lamborghini?Memang agak mengujakan bagi sesetengah pihak lebih-lebih lagi kalau peminat kereta mewah.Mana taknya, harga kereta mewah Lambo ni biasanya mencecah jutaan ringgit seunit untuk dibeli.Bukan calang-calang orang yang mampu beli dan pakai.

Tapi Yusry adalah dikalangan orang-orang tersebut yang mampu pakai.Nampaknya kejayaan beliau dalam perniagaan dan filem Cicak Man 1 dan 2 memberikan kekayaan dan kemewahan kepada Yusry.Tahniah la ye, peminat pun semua tumpang gembira atas kejayaan Yusry KRU.Tumpang gembira je ke abang Yusry?Tumpang jalan-jalan dengan Lamborghini boleh?

Gambar kereta mewah Yusry KRU, Lamborghini Gallardo.

 
 

Gambar aksi panas Fahrin Ahmad tanpa baju

 

Asik pasal Fahrin dengan Scha, dengan Linda Onn, dengan Awal Ashaari.Bosan juga kan.Jom kita tengok gambar pulak ok?Tajuk entri memang agak panas dan hot!Tapi jangan lah salah faham.Ini bukan laman web lucah ye.Cuma nak berkongsi gambar panas lagi hot pelakon popular Fahrin Ahmad.Dahulunya pernah pun diletak dalam mangga.Tak sangka pula Fahrin Ahmad ada terlibat sama dengan majalah mangga untuk tayang badan macam artis-artis lain.Macam kelakar pun ada.Artiskini.com memang tak tahan kalau tengok artis tayang badan dengan muka yang macam ni.Tak tahan siot, nak tergelak!hehe

P/S: Selalu orang tayang six pack kat perut, tapi Fahrin tayang bulu la pulak.Adess..huhu

 
 

Kisah Fizo Omar dan Makcik kaya

 

Pada entri lepas, Artiskini.com ada berkongsi kisah si Fizo Omar ni dengan gosip hangat dia.Sekarang ni ada berita lagi best.Kononya Fizo Omar ni pernah terima hampir 20 tawaran panas daripada makcik-makcik sangap berbentuk wang ringgit dan kekayaan.Kiranya Fizo ni tak termakan la hasutan makcik-makcik kaya lagi loaded tu dengan kemewahan untuk buat benda jahat.Bagi Fizo, maruah lagi penting daripada wang ringgit.Lagipun makcik-makcik je kan.Lainla kalau comel macam Siti Nurhaliza ke, macam Tiz Zaqyah ke, kira bolehla dipertimbangkan jugak hehe
fizo-omar

 
 

Gambar Sazzy Falak Seksi meletup?

 

Tak dinafikan memang agak ramai artis melayu yang sedia berketrampilan seksi di tempat public sekarang ni.Biasalah, sudah akhir zaman agaknya.Baru-baru ni Sazzy Falak pula jadi tumpuan, gambar Sazzy Falak seksi merata-rata dijaja orang.Di Artiskini.com, biarlah sekadar info sahaja.Gambar ada kat bawah, tapi sekerat ajelah.Tak payahlah tengok aurat die tu.Dosa tau hehe

sazzy_falak_seksi

 
 

Perkahwinan angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Berkonsepkan Istana Kayangan 10.10.2010

 

Perkahwinan Dr. Sheikh Muszaphar Dr Halina pasti menjadi bualan ramai kelak.Perkahwinan yang bakal menjadi “Wedding of the decade” akan disaksikan secara langsung live dari kaca TV anda. PERSANDINGAN angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama pilihan hatinya Dr Halina Mohd Yunos bakal berlangsung pada 10 Oktober dengan berkonsepkan Istana Kayangan.
gambar-kahwin-dr-muszaphar-halina
Ilham tersebut dicurahkan oleh perancang perkahwinan terkenal, Bill Bora yang bertanggungjawab memberi kelainan dan menguruskan majlis gilang-gemilang itu nanti.

“Konsep perkahwinan tradisional dicampur dengan elemen angkasa lepas memberi ilham kepada saya untuk memilih konsep Istana Kayangan.

“Memandangkan tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan itu nanti adalah 100 angkasawan daripada 35 buah negara disamping tetamu kehormat dari dalam dan luar negera menjadikan majlis ini bukan majlis biasa.

“Konsep tradisional dan elemen dongeng melayu itu bakal membuka mata tetamu luar negara tentang kebudayaan Malaysia, Itu yang diinginkan oleh Datuk sendiri,” ujarnya yang menganggap majlis ini bakal menjadi ‘wedding of the decade’.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu telah memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan mereka sempena ulang tahun ketiga Dr. Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Selain itu, Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada persidangan Association of Space Explorers pada 3 hingga 10 Oktober ini, maka peluang ini diambil bagi menunjukkan kepada tetamu dari luar negara tentang adat kebudayaan melayu di Malaysia.

Dr. Sheikh Muszaphar dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada pukul 11 pagi dan persandingannya pula pada sebelah malamnya.

“Kelainannya ialah saya turut menyelitkan unsur sejarah melayu, di mana Dr. Sheikh Muszaphar sebagai anak melayu pertama ke angkasa lepas akan di tampilkan dengan pakaian kepahlawanan melayu lama.

“Persembahan Istana Kayangan pula melambangkan angkasa lepas, bulan dan bintang. Pasangan mempelai pastinya bagai seorang pahlawan Melayu mengahwini puteri dari kayangan. Banyak lagi unsur-unsur yang akan saya selitkan dari segi pemakanan, persembahan artis dan instrumen muzik.

“Saya masih mencari unsur-unsur lain bagi mencantikan lagi majlis ini. Setakat ini semua perancangan dan idea saya telah dipersetujui oleh Dr. Sheikh Muszaphar, tapi ia masih lagi diperingkat awal,” ujar publisis Bill Bora yang mengakui memikul tanggungjawab yang sangat besar bagi mencorakkan majlis ini.

Namun begitu anggaran perbelanjaan masih belum dapat dipastikan kerana lokasi majlis juga masih dalam perbincangan.

“Persidangan tersebut masih belum ditentukan tempatnya. Kalau boleh Dr. Sheikh Muszaphar mahu tempat tersebut berhampiran dengan tempat berlangsungnya kongres Angkasawan bagi memudahkan para jemputannya datang,” ujarnya.

Bagaimana pun, tempat kongres itu masih belum ditentukan lagi.

Dalam pada itu, Bill turut memberitahu bahawa persiapan perlu dibuat dengan teliti memandangkan Datuk Sheikh Muzafar bukan sahaja selebriti di Malaysia malah angkasawan yang diakui di peringkat antarabangsa.

Petikan Mstar

 
 

Kim Kardashian dan Paris Hilton tak sama

 

Kim Kardashian hot picture, Kim Kardashian sex tape,Kim Kardashian scandal dan macam-macam lagi keywords carian untuk carian ke atas Kim Kardashian masih lagi hangat di internet walau pun telah agak lama.Tak kurang juga carian Paris Hilton hot picture,Paris Hilton sex tape,Paris Hilton sex scandal dan sebagainya.Carian inilah yang menjadi keyword paling popular suatu ketika dulu oleh pengguna internet seluruh dunia.
kim-kardashian-picture
Baru-baru ini Kim Kardashian ada membuat kenyataan, yang dia tidak setuju di samakan dengan Paris Hilton.Walaupun berkongsi nasib yang sama di mana gambar lucah dan video bogel mereka disebarkan di internet dia tak macam Paris sebenarnya.Diptetik dari Showbiz Spy, Kim Kardashian berkata “Memang ada hal-hal yang serupa seperti Paris tetapi saya tidak suka berpesta. Saya juga tidak minum,” ujarnya seperti yang dipetik menerusi Showbiz Spy.

Jelas Kim, dia sama sekali tidak suka menghadiri pesta-pesta. Dia juga sudah lupa kali terakhir dia pergi ke pesta.

Kim juga tidak bersetuju dengan gelaran dia suka bersosial itu namun lebih gemar digelar seorang yang suka melakukan hal sendiri.

Ketika mempunyai masa lapang, Kim mengaku dia lebih suka memasak. Menurutnya, mungkin ramai yang tidak mengetahui hobinya yang suka memasak itu.

”Masakan istimewa yang orang yang minta saya buatkan adalah makanan untuk sarapan oatmeal dan cream of wheat yang sangat ringkas,” beritahunya.