Wednesday, 30 April 2008

Anugerah Planet Muzik 2008

Faizal

Malaysia mengatasi jiran-jiran serantau dari Indonesia dan Singapura untuk mengungguli banyak kemenangan. Artis Melayu yang mengharumkan nama Malaysia di APM 2008 ialah Faizal Tahir, Estranged, Farah Asyikin, Anuar Zain, Meet Uncle Hussain, dan Datuk Siti Nurhaliza. APM 2008 ditonton lebih 160 juta penduduk seluruh Asia Tenggara merentasi empat buah negara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei. Artis Malaysia membolot sepuluh anugerah menerusi kemenangan dua trofi oleh Faizal Tahir dan Estranged dan satu trofi untuk buat Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Farah Asyikin dan Meet Uncle Hussain. Kumpulan Search pula diiktiraf untuk Anugerah Khas Planet Muzik manakala KRU untuk Anugerah Cipta Planet Muzik. Diva Siti Nurhaliza yang mempertahankan kekebalannya untuk Artis Wanita Paling Popular untuk lapan tahun berturut-turut. Krisdayanti dari Indonesia menerima Anugerah Artis Wanita Terbaik. Dia berjaya merampas anugerah tersebut dari Siti Nurhaliza yang menang pada tahun lepas.

Senarai penuh pemenang:

Anugerah Cipta Planet Muzik
KRU

Anugerah Khas Planet Muzik
Kumpulan Search

Artis Wanita Baru Terbaik
Farah Asyikin

Artis Lelaki Baru Terbaik
Faizal Tahir

Duo / Kumpulan Baru Terbaik
Meet Uncle Hussain

Lagu Paling Popular
Itu Kamu - Estranged

Duo / Kumpulan Paling Popular
Estranged

Artis Lelaki Paling Popular
Faizal Tahir

Artis Wanita Paling Popular
Datuk Siti Nurhaliza

Artis Lelaki Terbaik
Anuar Zain

Duo /Kumpulan Terbaik
Gigi

Lagu Terbaik
Nakal - GIGI

Artis Wanita Terbaik
Krisdayanti

Album Terbaik
Peace, Love & Respect - GIGI

Artis Singapura Paling Popular
Cradle

Lagu Singapura Paling Popular
Cradle

Artis Terbaik Singapura
Taufik Batisah

Album Terbaik Singapura
Ceritera Awan - Cradle

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.