Tuesday, 22 April 2008

Hanya 3 Pelajar Paling Menyerlah



Inilah kenyataannya. Selepas 5 minggu konsert Akademi Fantasia 6 (AF6) berlalu, nampaknya hanya tiga pelajar yang benar-benar menampakkan kesungguhan untuk bergelar juara.


Mereka adalah Stacy, Nadia dan Riz yang masing-masing menunjukkan mutu persembahan cukup mantap ketika berlangsungnya konsert minggu ke-5 yang lalu, selain menampilkan prestasi yang konsisten dalam setiap persembahan.


Fakta ini nampaknya diakui pengkritik jemputan nun jauh dari seberang, Hetty Koes Endang, meskipun itu adalah kali pertama penyanyi veteran berkenaan bertandang ke konsert AF6.


Malah katanya, dominasi 2 pelajar wanita iaitu Stacy dan Nadia, mungkin memberi saingan yang cukup sengit untuk menempatkan pelajar wanita sekali lagi bergelar juara.

Bukan setakat Hetty, dua pengkritik tetap, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Ning Baizura yang selama ini mengikuti perkembangan pelajar AF6 setiap minggu turut mengakui akan kelebihan ketiga-tiga pelajar berkenaan.


Jika Stacy dilabel sebagai performer atau penghibur serba boleh, kelebihan Riz pula terletak kepada keunikan serta kualiti vokalnya yang bagus.


Begitupun jika berbicara mengenai soal X-factor, konsert minggu lalu sesungguhnya memberi tahu bahawa Nadia adalah X-factor sebenar yang dicari-cari.


Dia muda, memiliki vokal yang mantap, bersahaja, kecil molek dan paling utama punyai keyakinan tinggi apabila di atas pentas. Tidak percaya, cuba lihat apabila dia menari untuk lagu kemuncak, Menuju Puncak. Nadia adalah X-factor yang dicari-cari.


Bagaimanapun, alangkah menyedihkan pada konsert ke-5 ini, bagaimana Alif yang mendapat undian tertinggi, ditenggelamkan dengan persembahan Hai nyanyian asal Adam.


Apatah lagi bila munculnya Adam secara tiba-tiba dari belakang pentas, Alif bagaikan hilang arah.


Adakah itu bermakna, Alif sudah bersedia untuk menerima perubahan mendadak daripada pengundi yang sememangnya cukup bijak menilai bakat seseorang peserta? Jika benarlah baguslah, jika tidak, maka kerja keras perlulah ditunjukkan, sebagaimana pesanan pengkritik Ning Baizura pada setiap minggu.


Sungguhpun ada yang sedih dengan penyingkiran Saida kerana ada yang beranggapan ada kaitannya dengan gaun labuhnya pada konsert minggu ke-5 lalu, tapi terimalah hakikat bahawa sampai di sini sajalah perjuangan Saida.


Kepada Toi, Alif, Nubhan, Stanly dan Rina, usaha keras anda amat dinanti-nantikan. Jika Riz, Stacy dan Nadia boleh, tentu saja kamu berlima boleh lakukan lebih baik daripada mereka.


5 Kritikan Menarik


1. "Untuk usia kamu 18 tahun, rasanya make-up mata kamu harus dikurangkan. Make-up kamu harus dijaga, ia nampak terlalu keras. Padahal bola mata kamu sangat cantik dan indah sekali" - komen Hetty Koes Endang terhadap solekan mata Nadia.


2. "Arwah ayah saya selalu bagi tahu saya, singing is a journey of emotion dan menerusi ini perlu memberi emosi yang mendalam" - teguran Ogy terhadap nyanyian Saida.


3. "Sudah minggu kelima dan anda sudah diberitahu untuk kerja keras. Tapi anda nampaknya hanya take it easy. Buka mulut tu bila menyanyi" - kritikan Ning Baizura terhadap persembahan Nubhan.


4. "I am speechless Riz. Saya melihat Riz yang berbeza. Itu yang saya inginkan pada setiap pelajar" - kata Ogy kepada Riz


5. "Kamu nampaknya sudah siap untuk menjadi seorang superstar" - pujian Hetty Koes Endang kepada Stacy.

Credit source :

1 comment:

  1. Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Massagem, I hope you enjoy. The address is http://massagem-brasil.blogspot.com. A hug.

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.