Monday, 5 May 2008

Untungnya rocker lagenda Malaysia, Amy Search kerana Restoran Cheng Ho miliknya menjadi lokasi persinggahan Tok Guru. Moga ikatan ukhuwwah silaturrahim dan persaudaraan semakin rapat terjalin.


Pertemuan Dua Sifu

Oleh: Intan Abdullah | Foto: Nasir Sudin

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.

Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur’an di Johor.

Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif.

Artikel: http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.