Thursday, 17 July 2008

Perkahwinan Deja Moss 30 Ogos ini



Sebagaimana yang dijanjikan, penyanyi Deja Moss memaklumkan kepada media pasal perancangan pernikahannya. Deja akan bernikah dengan Azfendi Azzuddin pada 30 Ogos 2008. Majlis pernikahannya akan dilangsungkan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Azfendy atau lebih mesra dipanggil Fendi, 29, dan Deja 35, merancang mengadakan majlis yang sederhana dan ringkas. Jarak umur tak jadi penghalang apabila hati masing-masing saling menyukai antara satu sama lain.

Deja mengenali Fendy sejak lama dulu. Pada masa itu dia berumur 21 dan Fendy baru berusia 15 tahun. Pada masa itu mereka tidak bercinta sebaliknya mengenali kerana keluarga masing-masing berkawan.

"Kami tidak berhubung selepas itu sehinggalah berjumpa semula ketika saya mengunjungi keluarganya," kata Deja pasal bakal suaminya yang juga terlibat secara langsung dalam dunia hiburan melalui syarikat pengurusan acara miliknya.

Nampaknya tahun ini Deja tidak akan berpuasa seorang dirilah. Kenalah menguruskan makan minum suami pula sebab selang dua hari menjelang Ramadan dia bernikah. Sambutan Hari Raya Aidilfitri juga bakal berubah cara apabila hidup berkeluarga. Tahniah dan selamat berbahagia Mangga Online ucapkan.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.