Wednesday, 27 August 2008

Gambar Kahwin - NORAZLINA REDZUAN dan DATUK YUSOF ANNUAR YAACO

TV3?S personality NORAZLINA REDZUAN, 37 or her other name ALIN recently end her single life by marrying DATUK YUSOF ANNUAR YAACOB, CEO of TM International. NORAZLINA REDZUAN received a mas kahwin RM30,000 with a diamond ring worth RM85,000. That was an expensive stuff!The akad nikah ceremony was held in front of Imam Masjid Al-Ariffin Padang.


From Utusan :

Nor Azlina atau Alin merupakan antara segelintir personaliti televisyen yang sangat jarang tampil di dada akhbar mahupun majalah.

Sebabnya, Nor Azlina kurang gemar berkongsi cerita-cerita peribadinya dengan wartawan kerana sebagai pengamal media, dia mahu dilayan seperti orang biasa, bukannya selebriti.

Lalu, apabila meminta foto wajah bakal suaminya, Datuk Yusof Annuar Yaacob, seminggu sebelum dia berkahwin, Nor Azlina berkali-kali menolak permintaan wartawan.

Kalau ada sekali pun wajah bakal suaminya yang disiarkan oleh media sebelum ini, pastinya mereka memperolehnya menerusi laman web rasmi organisasi yang dinaungi Yusof.

Namun, hujung minggu lalu, semuanya terdedah kepada umum.

Nor Azlina, 37, kini sah bergelar Datin apabila menikahi Yusof, 43, Ketua Pegawai Kewangan TM International, sebagai pasangan hidupnya.

Jumaat lalu, penyampai berita Buletin Utama di TV3 itu selamat diijab kabul pada majlis akad nikah yang diadakan di rumah ibu bapanya di Jalan Bintong, Kangar, Perlis.

Dia sah menjadi isteri kepada Yusof dengan hanya sekali lafaz akad nikah.

Pasangan itu diijab kabul oleh bapa personaliti itu sendiri, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad disaksikan oleh Imam Masjid Al-Ariffin, Padang Katong, Ku Mahamad Ku Hamid selepas solat Isyak.

Pada majlis akad nikah itu, Nor Azlina menerima mas kahwin RM30,000 serta sebentuk cincin berlian berharga RM85,000 serta sembilan dulang hantaran.

Sementara itu, Hits difahamkan, pasangan suami isteri itu bakal menghabiskan masa berbulan madu selepas sambutan Aidilfitri ini.

Walaupun tidak menyatakan lokasinya, difahamkan pasangan itu akan berbulan madu di Amerika Syarikat (AS).

Hal ini didedahkan oleh bapa Nor Azlina, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad.

Kata Redzuan, anak dan menantunya itu ada memberitahunya bahawa mereka akan ke AS pada hujung Ramadan.

“Mereka ke sana sebenarnya atas urusan kerja Yusof tetapi mungkin mereka akan terus berbulan madu di sana,” kata Redzuan.

Yusof pula ketika ditanya pemberita selepas majlis resepsi dan persandingan mereka di Dewan Warisan enggan memberitahu lokasi bulan madu mereka.

“Nantilah selepas Ramadan,” katanya ringkas. Nor Azlina yang kecil molek merupakan anak sulung daripada tiga beradik, mula berkenalan dengan Yusof enam tahun lalu.

Yusof yang menduda sejak 14 tahun lalu, juga anak sulung daripada tiga beradik.

Nor Azlina sebelum ini berkata, walaupun sudah berkenalan selama enam tahun, mereka hanya bersetuju untuk mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Bagaimanapun, personaliti itu tidak mahu menghebahkan majlis pernikahannya kerana menghormati permintaan suaminya itu.

Nor Azlina dan Yusof kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan di Dewan Warisan, Kangar, Perlis sehari selepas majlis akad nikah.

Selain itu, pasangan berkenaan juga akan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 29 Ogos ini.

Yusof merupakan seorang akauntan dan terlibat dalam industri perbankan dan pengurusan korporat selain memiliki pengalaman luas dalam bidang telekomunikasi.

Selain memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan, Yusof juga adalah Pengarah Eksekutif TM International Berhad selain menduduki kerusi lembaga pengarah beberapa anak syarikat Kumpulan TM.

How lucky he was, marrying DATUK YUSOF ANNUAR YAACOB Telekom (M)CEO..Looks like NORAZLINA REDZUAN don't need to work anymore because I'm sure DATUK YUSOF ANNUAR is a wealthy man.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.