Monday, 20 October 2008

Sari Yanti, Sofea Zahra

Introducing new drama series from Astro Ria tv channel,Sofea Zahra. Looks like a fun movie to me especially Sari Yanti starring as the main character.


Something from Kosmo:
TIADA apa yang lebih diinginkan oleh seseorang apabila dia memiliki segala-galanya - cantik, kaya dan mempunyai keluarga yang penyayang.

Namun, mampukah segalanya itu bertahan?

Menerusi drama bersiri 13 episod, Sofea Zahra ditampilkan kisah seorang gadis jelita bernama Sofea Zahra yang memiliki hidup penuh bahagia tetapi berubah menjadi malang apabila bapanya meninggal dunia.

"Kami akan sentiasa berusaha untuk menawan hati para pelanggan kami dengan mengutamakan satu daripada matlamat utama Astro iaitu untuk menjadi pilihan utama para penonton agar terus setia mengikuti program-program kami.

"Sofea Zahra adalah salah satu usaha kami dalam meneruskan inisiatif ini," ulas Ketua Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagur.

"Melalui drama ini, penonton bukan sahaja dapat mengikuti kisah Sofea yang melalui kehidupannya bersama ibu dan kakak tiri selepas kemalangan yang meragut nyawa bapanya, tetapi juga kisah Sofea dalam menangani tekanan hidup serta kisah suka-duka alam remajanya.

"Sikap Sofea yang cekal dapat dijadikan tauladan hidup bersama. Penonton pasti tidak mahu ketinggalan walau satu episod drama bersiri ini kerana ingin tahu akan kesudahannya," ujar Khairul lagi.

Apakah kesudahan hidup Sofea yang sering diperkecilkan oleh ibu dan kakak tirinya itu? Adakah sikap tamak akan terus menghantui hidup ibu tiri Sofea, Datin Qistina? Adakah kelebihan yang ada pada diri Sofea dapat membantunya mengharungi cabaran hidup?


Merealisasikan intipati drama dalam Sofea Zahra adalah barisan pelakon baru dan lama terdiri daripada Dya Khalid, Tasha Aziz, Farish Aziz, Iqbal Mazlan, Amar Ibrahim, Ridzuan Hashim dan Wan Nor Azlin.

Menghidupkan peranan utama sebagai Sofea Zahra ialah aktres muda, jelita dan berbakat, Sari Yanti.

Sofea Zahra bakal disiarkan pada setiap hari Selasa, pukul 9 malam, bermula pada 21 Oktober ini 2008, eksklusif di Astro Ria.



Courtesy of kosmo

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.