Thursday, 27 November 2008

Adakah Memey, Norman Digam Stesen TV?

Gara-gara kes khalwat, Murai Batu dengar ramai produser dah mula saspen untuk mengambil Norman Hakim dan Memey berlakon dalam produksi mereka. Bukan saja takut produksi tersangkut atau kena gam oleh mana-mana stesen TV tetapi juga bimbang kalau-kalau rating jatuh.

Baru-baru ini, Murai batu dengar, produksi drama Issandra menguggurkan nama Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 20, sebab syarikat penerbitan Pro Pictures Sdn Bhd dikatakan tidak mahu tanggung risiko dan perlu mengikut nasihat sebuah stesen TV (RTM). Khabarnya, tempat Memey untuk drama bersiri 26 episod itu digantikan dengan pelakon baru juga, Eira Syazira.

Dalam hal ini, (kalau pun) sebarang tindakan hendak dibuat, janganlah ia diletakkan ke bahu Memey semata-mata. Kata orang, tepuk sebelah tangan mana nak berbunyi. Bagaimana dengan Norman? Murai Batu hendak tahu juga rating untuk Gerak Khas selepas insiden itu berlaku. Makin mencanak ke, makin merudum ke? Benda ini boleh kita tanyakan nanti dengan Datuk Yusof Haslam sendiri

Apapun, kes Norman-Memey ini belum lagi dibicarakan dan pihak berkenaan tidak seharusnya membuat tindakan membabi buta. Lebih baik siasat dulu supaya tiada pihak yang teraniaya.


Apa yang Murai Batu nampak, kes artis berkhalwat bukan cerita baru dalam dunia hiburan dan kita lihat hari ini, mereka yang pernah terjebak dalam cekup khalwat sudah kembali berjuang seperti biasa kerana lama-kelamaan orang kita akan lupa dan memaafkan mereka. Rasanya anda pun tahu siapa mereka bukan?


Cuma dalam kes artis-artis dulu, ia antara artis bujang dengan bujang tetapi kes Norman ini lain sikit sebab membabitkan pasangan suami isteri artis dan orang ketiga di kalangan artis juga. Dalam hal ini, Memey dilihat sudah menconteng arang ke mukanya sendiri dan orang tuanya walaupun baru masuk umur 20 tahun.


Dalam perkembangan terbaru, Murai Batu difahamkan, Norman dan Abby belum lagi ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menghadiri sebarang sesi kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Apakah mereka akan tetap bersama?


Sebenarnya Murai Batu begitu mengharapkan agar Norman dan Abby dapat kembali hidup ceria macam dulu kerana tiada yang hinanya kalau mereka dapat terus bersama demi anak-anak. Malah masyarakat akan tabik lagi kalau mereka dapat menyelamatkan masjid yang sudah dibina itu. Yang tidak elok dulu, jadikanlah pengajaran kerana manusia akan sentiasa melakukan kesilapan.


1 comment:

  1. hi, bagi saya gam jek derang nie...

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.