Thursday, 11 December 2008

Ina Naim jadi tetamu istimewa resepsi Mawi

Bekas tunang Mawi, Nordiana Md. Naim atau Ina, 24, akan menjadi tetamu istimewa pada majlis perkahwinan penyanyi popular itu tidak lama lagi.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 28, dia akan menjemput Ina dan suaminya, Mohd. Suhaimi Saat bagi memeriahkan majlis resepsi pernikahan dengan Nor'Ashikin Rahmat atau Ikin di Hotel Palace of the Golden Horses pada 11 Januari depan.

"Nama dia memang ada dalam senarai. Cuma kad jemputan tu kami belum hantar lagi,'' kata Mawi yang ditemui di majlis anjuran Lord's Tailor di sini semalam.

Mawi mengakui dia tiada halangan untuk menjemput Ina memandangkan status bekas kekasihnya itu yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak.

"Apa yang sudah lepas itu, sudahlah. Dia sudahpun bahagia dengan kehidupan dia,'' ujar Mawi yang akan bercuti selama sebulan bermula 14 Disember ini untuk menguruskan perkahwinannya.

Mawi dan Ikin akan diijabkabulkan pada 20 Disember di Masjid Abu Bakar, Johor Bharu.


No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.