Thursday, 18 December 2008

Norman Hakim dan Abby Abadi Bercerai

Komen aku:
Setelah isu Norman ditangkap khalwat dengan si Memey, perkahwinan Norman dan Abby dah jadi bubur lambuk. Bercerai juga akhirnya dua orang pelakon gerak khas ni. Peliknya kenapalah si Norman Hakim menangis tak mau-mau sedangkan dia yang tak balik ke rumah tengokkan Abby (bukan aku kata, tapi dengar dari mulut orang termasuk artis).Pandai betul la dia berlakon, mengalahkan Rosyam Nor pulak aku tengok. Yang Si Abby pun duk bergatal "kawan" dengan si Zul tu buat apa?Dah takdak kawan2 lain ker? Zul pun satu, ramai lagi kau nak kawan dalam dunia nie, yang cun berlambak lagi. Memey pun ada apa, muda lagi baru 20 tahun..gi la sambar.Norman bukan ada apa2 dengan dia pun huhu.Kalau takdak, budak Taiping pun ada ramai awek cun minat kat Zul huhu.

[caption id="attachment_40" align="alignnone" width="375" caption="Gambar Norman Hakim dan Abby Abadi bercerai"]Gambar Norman Hakim dan Abby Abadi bercerai[/caption]

Berita:
Akhirnya, Norman Hakim terpaksa melepaskan bekas isterinya, Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi walaupun pelakon itu begitu berat hati untuk menceraikan Abby.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 32, akur dengan takdir apabila mendapati pergolakan rumah tangganya dengan Abby seperti tiada penghujung.

“Saya akur dengan ketentuan takdir Ilahi dan juga qada dan qadar. Segala-galanya telah berjalan dengan lancar di mahkamah yang mulia ini.

“Hari ini (semalam) saya telah melafazkan cerai talak satu ke atas Arbaeyah Abdul Manan. Semoga segala-galanya yang kita inginkan membawa kebaikan kepada semua,” ujarnya dalam nada sebak.

Setelah apa yang terjadi, Norman mengharapkan agar kehidupannya akan berjalan lebih lancar dan dapat diteruskan seperti biasa tanpa sebarang kontroversi lagi.

Walaupun tidak lagi menjadi suami isteri, Norman berharap agar anak-anaknya dengan Abby masih lagi mendapat kasih sayang penuh daripadanya.

“Saya harap hubungan saya dan Abby masih lagi baik selepas ini kerana anak-anak masih memerlukan kami. Kami juga perlu memikirkan masa depan anak-anak dan pada masa yang sama masa depan kami juga,” katanya.

Sementara itu, Penerbit drama bersiri Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam tidak merancang untuk mematikan watak Norman dalam drama itu sungguhpun pelbagai kontroversi berlaku kepada pelakon berkenaan.

“Kami tak rancang untuk mematikan watak Norman sama ada mereka (Abby dan Norman) bersama ataupun tidak. Itu soal kedua. Berilah ketenangan kepada Abby dan Norman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam drama itu, Norman memegang watak Asisten Supritendan Aris manakala Abby membawa watak Asisten Supritendan Aleeza.

Sementara itu, Norman dilihat sebak sehingga menitiskan air mata ketika mahu melafazkan cerai terhadap Abby, 29, di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam sedangkan Abby kelihatan tenang sahaja.

Norman Hakim dilihat diam menahan sebak untuk beberapa ketika sebelum Wan Mahyuddin memintanya mengambil masa bagi menenangkan dirinya sebelum memulakan lafaz dengan hati yang tenang berserta niat di dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.