Thursday, 11 December 2008

Pengacara TV ditipu skim pelaburan

Seorang personaliti dan juga pengacara terkenal sebuah stesen televisyen swasta membuat laporan polis semalam berhubung kes penipuan membabitkan skim pelaburan anjuran sebuah syarikat tembakau terkemuka.

Difahamkan, laporan berkenaan dibuat sebagai langkah untuk mengambil tindakan saman terhadap pengendali skim terbabit yang dikatakan telah banyak menipu golongan kenamaan (VIP) dan juga artis.

"Saya buat laporan ini adalah sebagai tindakan awal sebelum memfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

"Sebenarnya kes ini dah lama dan sudah digembar-gemburkan pun menerusi akhbar dan tindakan saya ini adalah bagi mengelak lebih ramai lagi menjadi mangsa selain mahukan keadilan," ujar personaliti berkenaan yang juga seorang penerbit ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau terjebak dengan aktiviti pelaburan itu setelah mendapat tahu keuntungan yang mampu diperoleh sekiranya melabur dengan jumlah wang yang banyak.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyedari dirinya tertipu apabila diberitahu oleh rakan-rakan artis bahawa mereka telah kerugian ekoran ejen pengendali telah lesap dengan wang yang telah dilaburkan.

"Saya melabur sebanyak RM50,000 dalam skim ini dan ada mendapat pulangan modal tetapi tidak semua.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.