Monday, 15 December 2008

Que Haidar Nikah Linda Jasmine Pilih Bora Ombak

Pengakuan cinta Que Haidar terhadap Linda Jasmine, ramai yang dah tahu pada 12 Disember lalu. Biasalah artis, semua kena bagitahu, wartawan nak berita hot. Kalau artis buat cerita dia kencing berlari, mau jadi muka depan eksklusif lagi kan.
[caption id="attachment_32" align="alignnone" width="300" caption="Majlis Nikah Que Haidar - Linda Jasmine Pilih Bora Ombak"]Majlis Nikah Que Haidar - Linda Jasmine Pilih Bora Ombak[/caption]
Que haidar dan Linda beza umur jauh, dan Linda pula janda anak satu.So, what's the problem?Kahwin ajelah dari buat benda haram macam Si memey Suhaiza dengan si Norman hakim tu.Tengoklah macam Datuk Sheila Majid dan Acis. Itu pun cinta jarak usia tetapi mampu bawa bahagia sampai dapat anak.


Berita terbaru pasal tempat majlis pernikahan mereka yang bakal diadakan pada 14 Februari 2009 nanti. Tempat perkahwinan Que haidar dan Linda adalah di Restoran Bora Ombak yang terletak di Ampang. Que sendiri maklumkan pada wartawan.Tak pastilah kenapa Restoran Bora Ombak jadi pilihan mereka. Mungkin sebab tempat itu cantik, romantik ala-ala Bali nak macam Too Phat dengan Maurice tu kut!Apa pun, kepada Que haidar dan Linda, selamat pengantin baru!Kahwin elok2 jangan cerai berai.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.