Thursday, 18 December 2008

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan Kahwin di Selatan Thai

Ini baru kata isuhangat!Panas dan sensasi!Rita Rudaini dan Aidil Zafuan dah kahwin di selatan Thai!Memang hangat..lepas isu Norman Hakim dengan Memey, sekarang isu ni pula dalam dunia artis kita.Bezanya Rita Rudaini halal, Memey harem..huhu
[caption id="attachment_37" align="alignnone" width="300" caption="Gambar Kahwin Rita Rudaini dan Aidil Zafuan"]Gambar Kahwin Rita Rudaini dan Aidil Zafuan[/caption]“Kami tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini,” kata ibu pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Azizah Arshad, 56.

Justeru, dia yang sedih dengan tindakan Mohd Aidil mengharapkan prestasi anaknya dalam bola sepak tidak terjejas kerana sudah menjadi periuk nasinya dan keluarga.

Azizah bagaimanapun menyifatkan perkahwinan itu sebagai takdir kerana rezeki serta jodoh seseorang adalah ketentuan Tuhan.

Apapun, dia kesal dengan perbuatan mereka mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga kerana tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan, malah sanggup menjalankan pernikahan di selatan Thailand.

“Suka tak suka terpaksa terima kerana itu pilihan yang sudah dia buat walaupun dalam hati kami hanya Tuhan yang tahu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Azizah bersama suami, Abd Radzak Saleh, 59, mengadakan sidang media di rumah anak sulung mereka, Ruziana Abd Radzak, 37, di Taman Coral Height, Sikamat dekat sini.

Hadir sama anak mereka, Mohd Zafran, 34, dan adik kembar Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, 21.

Mohd Aidil melangsungkan pernikahan dengan Rita Rudaini di selatan Thailand pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya, termasuk Mohd Zaquan Adha yang sering bersamanya dalam skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan.

Tindakan mereka menyembunyikan pernikahan itu akhirnya dapat dihidu Ruziana yang akhirnya memaksa Mohd Aidil membuka mulut bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Perkara itu disahkan Abd Radzak yang mengatakan pihaknya mengetahui pernikahan mereka pada 14 Disember lalu melalui sijil nikah yang ditunjukkan Ruziana.

Mereka sekeluarga terkejut dengan perkara terbabit serta tidak menyangka sama sekali ia boleh berlaku.

Abd Radzak yang juga bekas tentera menjelaskan ahli keluarganya tidak pernah diberitahu mengenai Mohd Aidil mahu berkahwin dengan Rita Rudaini, malah perbincangan kedua-dua keluarga pihak tidak pernah diadakan.

Selain itu, Mohd Aidil sentiasa berada di rumahnya di Sikamat kerana beraksi dalam skuad bola sepak Negeri Sembilan dan sesekali mewakili negara dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.

“Sebelum kami mendapat tahu mengenai berita pernikahan itu, Rita Rudaini ada datang ke sini pada 13 Disember untuk mendapatkan pandangan dan tidak pernah menyebut pasal kahwin.

“Tetapi kami tidak menyangka mereka berdua ketika itu sudah bernikah,” katanya yang kelihatan agak tertekan dan mengakui mengganggu kesihatannya.

Abd Radzak mengakui hubungan intim anaknya dengan artis terbabit pernah didedahkan dalam akhbar beberapa tahun lalu, tetapi sudah membuat penafian.

Dia kini menyerahkan kepada keluarga Rita Rudaini untuk tindakan lanjut, sama ada mengadakan majlis keramaian dan bagi keluarganya tiada sebarang perancangan pada masa ini.

“Kami sekeluarga menyerahkan kepada pihak keluarga perempuan kerana mereka lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan apa yang berlaku sebagai hak peribadi pemain itu.

“Saya harap mereka berdua bahagia,” katanya yang mahu tumpuan Mohd Aidil yang juga pemain pertahanan terhadap bola sepak Negeri Sembilan tidak terjejas.




5 comments:

  1. Takpe lah. Lebih baik mereka kahwin di Siam daripada mereka buat maksiat.

    Ibu bapa mesti akan ampunkan dosa anak, insyallah.

    Kita patut doakan rumahtangga mereka aman damai.

    Short Talk

    ReplyDelete
  2. Heran mengapa mereka nak nikah di Thailand.... something is not right here.... mungkin kah ??

    1. asalnya mendapat tentangan keluarga...sbb tak ramai parents suka anak nikah artis or sbb2 lainlah...lepas mereka menikah begini, nak tutup cerita...baru family kata tak ada halangan dari pihak mereka....

    2. Mungkin Rita Rudani nak jaga status.... tak nak org tahu dia dah menikah...takut hilang populariti...

    ???? My simple comment.... kalau ada yg nak menikah...or anak nak kahwin... uruskanlah sebaik mungkin... jgn biar mereka buat kerja2 macam nie... kekadang ada jugak parents yg over acting tak nak kahwinkan anak and etc....

    The best are...

    1. Mintak pasangan ini sah kan pernikahan mereka ikut prosedur pejabat agama kat sini...

    2. family dua2 pihak... aturlah sedikit sambutan untuk majlis nie...

    3. Terimalah pernikahan ini.... kerana pada dasarnya Nikah di Siam tu sah...cuma ikut procedure kita saja yg tak sah....

    So...Buang yg keruh ambik yg jernih.... Doakan hidup mereka bahagia & berkekalan hingga ke akhir hayat.... amin...

    ReplyDelete
  3. As’kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Hrm..ada jugak ye tawaran untuk kahwin lari macam nie.Maaf yer, emel anda didelete atas sebab keselamatan.Mana tau nanti orang contact nak kahwin lari kene jual pulak ke luar negara.Pakcik takot!huhu.Kepada anda yang ada terima benda macam ni jaga-jaga ye.

    ReplyDelete
  5. boleh juga call sy d no 0175955633 jika ada pertanyaan. kadang2 melalui email elmyda@gmail.com ni susah sikit. lebih baik penjelasan dibuat melalui mulut.

    sebaik2nya jelaskan semua kemusykilan sblm nk teruskan niat ke sana.

    yg penting, sbg umat islam, solat istikarah & doa byk2 moga diberi petunjuk olehNya.

    insyaallah jika niat kita btl, Allah swt akan melindungi hambaNya.

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.