Thursday, 18 December 2008

Rita Rudaini kahwin Aidil Zafuan di Selatan Thailand

[caption id="attachment_37" align="alignnone" width="300" caption="Gambar Kahwin Rita Rudaini dan Aidil Zafuan"]Gambar Kahwin Rita Rudaini dan Aidil Zafuan[/caption]“Kami tak buang dia tapi terkilan dengan tindakannya membelakangkan kami mengenai perkahwinan dengan pelakon Rita Rudaini,” kata ibu pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Azizah Arshad, 56.

Justeru, dia yang sedih dengan tindakan Mohd Aidil mengharapkan prestasi anaknya dalam bola sepak tidak terjejas kerana sudah menjadi periuk nasinya dan keluarga.

Azizah bagaimanapun menyifatkan perkahwinan itu sebagai takdir kerana rezeki serta jodoh seseorang adalah ketentuan Tuhan.

Apapun, dia kesal dengan perbuatan mereka mengenepikan keluarga untuk mendirikan rumah tangga kerana tidak pernah berbincang atau mendapatkan pandangan, malah sanggup menjalankan pernikahan di selatan Thailand.

“Suka tak suka terpaksa terima kerana itu pilihan yang sudah dia buat walaupun dalam hati kami hanya Tuhan yang tahu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Azizah bersama suami, Abd Radzak Saleh, 59, mengadakan sidang media di rumah anak sulung mereka, Ruziana Abd Radzak, 37, di Taman Coral Height, Sikamat dekat sini.

Hadir sama anak mereka, Mohd Zafran, 34, dan adik kembar Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, 21.

Mohd Aidil melangsungkan pernikahan dengan Rita Rudaini di selatan Thailand pada 25 Februari lalu tanpa pengetahuan ahli keluarganya, termasuk Mohd Zaquan Adha yang sering bersamanya dalam skuad bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan.

Tindakan mereka menyembunyikan pernikahan itu akhirnya dapat dihidu Ruziana yang akhirnya memaksa Mohd Aidil membuka mulut bagi menjelaskan kedudukan sebenarnya.

Perkara itu disahkan Abd Radzak yang mengatakan pihaknya mengetahui pernikahan mereka pada 14 Disember lalu melalui sijil nikah yang ditunjukkan Ruziana.

Mereka sekeluarga terkejut dengan perkara terbabit serta tidak menyangka sama sekali ia boleh berlaku.

Abd Radzak yang juga bekas tentera menjelaskan ahli keluarganya tidak pernah diberitahu mengenai Mohd Aidil mahu berkahwin dengan Rita Rudaini, malah perbincangan kedua-dua keluarga pihak tidak pernah diadakan.

Selain itu, Mohd Aidil sentiasa berada di rumahnya di Sikamat kerana beraksi dalam skuad bola sepak Negeri Sembilan dan sesekali mewakili negara dalam kejohanan bola sepak antarabangsa.

“Sebelum kami mendapat tahu mengenai berita pernikahan itu, Rita Rudaini ada datang ke sini pada 13 Disember untuk mendapatkan pandangan dan tidak pernah menyebut pasal kahwin.

“Tetapi kami tidak menyangka mereka berdua ketika itu sudah bernikah,” katanya yang kelihatan agak tertekan dan mengakui mengganggu kesihatannya.

Abd Radzak mengakui hubungan intim anaknya dengan artis terbabit pernah didedahkan dalam akhbar beberapa tahun lalu, tetapi sudah membuat penafian.

Dia kini menyerahkan kepada keluarga Rita Rudaini untuk tindakan lanjut, sama ada mengadakan majlis keramaian dan bagi keluarganya tiada sebarang perancangan pada masa ini.

“Kami sekeluarga menyerahkan kepada pihak keluarga perempuan kerana mereka lebih mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan apa yang berlaku sebagai hak peribadi pemain itu.

“Saya harap mereka berdua bahagia,” katanya yang mahu tumpuan Mohd Aidil yang juga pemain pertahanan terhadap bola sepak Negeri Sembilan tidak terjejas.

3 comments:

  1. insyaallah nikah kahwin yg dibuat melalui betong ini adalah sah & cukup dr hukum syarak. kadi & ahli majlis di pejabat agama sendiri akan memastikan segala syarat & rukun dipatuhi sblm memulakan proses akad tersebut.

    kerana itu lah akad nikah di buat di dalam pejabat majlis agama wilayah yala cawangan betong, bkn di bawah pokok, atau dlm rmh kadi yg tidak ditauliahkn seperti nikah sindiket yg lain.

    hati2 dgn pihak yg menawarkn khidmat nikah yg diragui. ramai yg menjanjikan mcm2 termasuk jaminan tetapi adakah mereka sanggup bertanggungjwb? berwaspada juga dgn agen2 nikah yg menawarkan kos sehingga mencecah beribu2 ringgit.

    di betong nnti segalanya akan diuruskn oleh sy & naib kadi di pejabat majlis agama wilayah yala dr membuat temujanji dgn kadi, bawa pasangan ke sana & sehinggalah proses mengeluarkan dokumen2 yg berkaitan.

    setiap pasangan yg bernikah boleh berkenalan dgn kadi2 yg ditauliahkan dlm wilayah yala (ada 30 org kadi di wilayah yala yg dilantik setiap 6thn, 2 drpdnya telah meninggal dunia).

    alhamdulillah setakat ini byk pasangan yg sy bawa telah berjaya mendaftarkan pernikahan mereka tanpa sebarang masalah. ada juga yg mahu merahsiakan pernikahan mereka atas sebab2 tertentu.

    kpd yg memerlukan khidmat sy boleh lah menghubungi sy melalui email elmyda@gmail.com atau call sy di no 0175955633 (helmi). sy akan memberikan segala butir dgn lebih terperinci.

    lebih elok di jelaskan segala keraguan sblm nk ke sana. kpd yg berminat sebaik2nya buatlah solat istikarah & berdoa semoga diberi petunjuk olehNya.

    ReplyDelete
  2. KHIDMAT AKAD NIKAH KAHWIN YANG SAH DI SELATAN THAILAND SIAM THAI

    As'kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu bandar Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (jika daftar selepas 6 bulan dari tarikh nikah) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol lebuhraya utara-selatan PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan pasport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di (elmyda@gmail.com) atau call saya di no 0175955633.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Urusan Kahwin| Khidmat Berkahwin | Perkhidmatan Perkahwinan | di Siam Thai

    As'kum

    Sy ingin menawarkan perkhidmatan nikah kahwin dlm masa 1 jam shj yg dibuat di Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala. Nikah tidak dibuat di rumah kadi, kedai makan ataupun masjid bg mengelakkan psgn ditipu oleh jurunikah yg tidak bertauliah (Nikah Sindiket).

    Hanya 5 minit perjalanan dr pintu sempadan Malaysia. Kawasan ini aman dan tenteram, tiada peperangan atau pengeboman. Dlm 14 wilayah di selatan Thailand hanya daerah Betong tiada lgsg peristiwa yg tidak diingini. Kita masih boleh mendengar pembunuhan dan pengeboman di Songhkla dan Golok.

    Sijil Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala. Perkahwinan ini Sah disisi Agama dan diterima utk diperakui di Malaysia. Urusan & akad nikah hanya akan dibuat di dlm Pejabat Agama. Pasangan jg boleh membawa keluarga dan rakan bersama. Tidak lupa jg bergambar di Pejabat Agama bersama Kadi dan Saksi.

    Saya telah membawa lbh dr 100 psgn tanpa sebarang masalah utk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Kadi wilayah Yala terdiri drpd tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Tuan Guru, Dato, Senator dan Saksi nikah adalah Pegawai Majlis Agama. 70% nikah yg dibuat di wilayah Songhkla & Narathiwat tidak sah dr segi syarak.

    Kenderaan akan disediakan dr exit Tol Lebuhraya Utara-Selatan PLUS Kuala Kangsar/Pulau Pinang/Pengkalan Hulu. Sijil Nikah akan terus diserahkan sejurus selesai akad & surat pengesahan dlm masa 7 hari. Jika bertolak 8am dr Kuala Kangsar, 11am semua urusan telah pn selesai. Ini akan memudahkan pasangan yg mempunyai masa yg terhad.

    Saya akan menguruskan segala urusan dr mula hingga selesai, bkn melalui pihak ketiga atau agen.

    Diharap tawaran ini dpt menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Maklumat lanjut sila email elmyda@gmail.com. Urusan & Pertanyaan call 0175955633.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.