Saturday, 31 January 2009

Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin ada Skandal?

Anda tengok rancangan Melodi di TV3 hari tu?Janda Norman Hakim, Abby Abadi, 31, yang masih dalam tempoh edah bercerai, pergi ke Guangzhou, China, dengan teman mesranya, Zulkifli Ariffin 23, baru-baru ini.Sapa lagi kalau bukan Michelle si terjah tu yang bongkar cerita.

Yang peliknya, selepas pulang ke Sepang, Malaysia, mereka berdua cuba menyorok ketibaan mereka di lapangan terbang kerana telah menghidu kehadiran pihak media.Apa barang beb.

Sekiranya, tujuan mereka ke China untuk perniagaan atau membeli kain seperti yang didakwa, kenapa Abby dan Zul perlu mengelak atau hendak menyorok daripada wartawan?

Bukankah selama ini Abby sangat mesra dan sayangkan wartawan hinggakan hendak bercerai dengan Norman pun dia memanggil wartawan sebagai penonton?

Yang penting khabarnya, Zul sudah punya seorang kekasih dan tindakan ke China itu telah melukakan hati kekasih Zul. Benarkah? Adakah Abby sendiri sudah menjadi orang ketiga sebagai mana Memey, bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih?

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.