Tuesday, 17 February 2009

GRAND FINAL MYSTARZ LG

AZRI TERSINGKIR, 4 PESERTA LAYAK KE GRAND FINAL!Begitulah bunyinya berita artis sensasi hari ini.Ya, My Starz LG musim kedua sudah sampai ke grand final sekarang.Hasrat Mohamad Azri Abdullah untuk menempa nama ke konsert akhir terpadam apabila diumumkan tersingkir di konsert penentuan My Starz LG musim kedua malam tadi. Ternyata persembahannya mendendangkan lagu medley Tercipta Untukku dan Aurora gagal ketika konsert yang ke -11 minggu terdahulu gagal mendapat tempat di hati juri dan undian SMS dari penonton.

Manakala Wana melangkah selesa ke peringkat akhir apabila diumumkan mendapat persembahan terbaik ketika konsert minggu ke -11. Bagi Cassie dan Nashrin persembahan yang memukau dan lontaran suara yang baik merupakan kelebihan mereka untuk layak berjuang bersama-sama Wana merebut gelaran juara. Hairi yang mendapat kedudukan dua yang terakhir mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium MBSA apabila berjaya diumumkan ke peringkat akhir.

Namun, mereka perlu terus tingkatkan usaha kerana hanya seorang daripada mereka bakal dijulang sebagai juara di kemuncak akhir konsert gemilang My Starz LG Grand Final di mana mereka akan diadili oleh juri tetap Hattan, Liza Hanim dan Faizal Maas Ajai sebagai juri jemputan. My Starz LG Grand Final akan diadakan pada hari Ahad, 22 Februari 2009 disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC) menerusi siaran TV3 pada jam 9.00 malam.

Semestinya finalis yang bakal beraksi di konsert akhir tersebut akan memberikan persembahan terbaik untuk menarik perhatian juri dan sms daripada penonton. Finalis akan menyanyikan 2 lagu ketika konsert selama 2 jam ini bersiaran secara langsung dengan menyampaikan lagu medley secara solo dengan genre pilihan masing-masing dan berduet bersama penyanyi tanah air pilihan masing-masing. Wana akan berduet bersama Jamal Abdillah, Cassie bersama Sarah Raisuddin,

Nashrin bersama Misha Omar manakala Hairi yang serasi dengan genre rock memilih Fiq sebagai pasangannya ketika Grand Final itu nanti.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.