Sunday, 29 March 2009

Gambar anak Erra Fazira dan Engku Emran -Esklusif

Erra Fazira dah selamat melahirkan anaknya yang pertama.Itu tajuk terbaru dan panas dari meja utusan tengahahri tadi.Anda boleh juga baca di sini-Gambar anak Erra, memang sah Erra Fazira lahirkan anak.Laki perempuan masih jadi teka teki.Bila Gambar anak Erra dah ada dipublish,pasti di update di sini kelak!



Rasa-rasa muka anak Erra Fazira mesti comel macam emaknya kan!Muka anak Erra macam abg Emran pun ok jugak!

Update 30 August 2009:

Pelakon popular, Erra Fazira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pukul 11.40 pagi ini di Hospital Pakar Damansara, Damansara, Kuala Lumpur.

Bayi seberat 4.04 kilogram yang diberi nama Engku Aleesya itu merupakan anak sulung Erra hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

``Alhamdulillah Erra dan bayi kami berada dalam keadaan sihat,’’ kata Engku Emran di sini hari ini. - Utusan

Update 31 August 2009:

Gambar bayi dapat diambil masa majlis aqiqah dan cukur jambul yang akan diadakan selepas Erra habis pantang. Erra dan Aleesya akan berada di hospital dalam tempoh dua hari ini dan dijaga oleh ibunya dan ibu Emran dalam masa dua bulan ini di kediaman mereka. Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri.

“Agak sulit juga untuk saya membenarkan pihak media merakamkan gambar Aleesya hari ini kerana doktor juga menasihatkan kami supaya tidak menganggu keadaan bayi demi menjaga privasinya yang masih kecil.”

Apakah perasaan apabila dah bergelar bapa?

“Saya rasa seperti ajaib lebih-lebih lagi apabila melihat satu nyawa dilahirkan di depan mata. Syukur, Erra dipermudahkan untuk bersalinkan Aleesya dengan mengambil masa kira-kira 20 minit.”

Sebelum ini, Emran pernah bernazar untuk memotong rambut pendek selepas Erra selamat melahirkan bayi sulungnya itu. Jadi, dia akan membayar nazarnya itu pada hari ini.



No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.