Sunday, 26 April 2009

Akademi Fantasia ke-7: Gosip Aril peluk pengajar wanita sebagai tanda hormat?


Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 24, menjelaskan keadaan tersebut, dalam nada yang bersahaja dia menjawab pelukan itu berlaku disebabkan hubungan kekeluargaan yang dibina selama ini.

Kami punya perasaan selama 61 hari dalam Akademi sudah seperti keluarga yang erat terutama Cikgu Fatimah dan Cikgu Siti Hajar yang saya anggap sudah seperti ibu saya sendiri manakala Cikgu Ida Nerina seperti kakak saya.

“Pelukan itu sebagai tanda hormat kerana susah saya hendak bagi tanda hormat memandangkan orang luar tak faham situasi kami di dalam,” jelas Aril.

Dia yang berjaya memikat hati penonton melalui persembahan nyanyian dan tarian lagu Nakal oleh Gigi itu lantas menafikan penonton tidak mengundinya disebabkan kualiti yang ada pada dirinya.

“Mungkin penonton tidak mahu mengundi saya bukan disebabkan kualiti tetapi muka saya sudah biasa dilihat sebelum ini sekaligus memberi peluang kepada kawan-kawan bermuka baru seperti Yazid.

“Saya ada terasa sedikit yang saya akan keluar pada minggu ini tetapi bila difikir semula tidak rasa akan disingkirkan pula.

“Tetapi ia normal kerana ada juga yang menunjukkan persembahan baik sebelum ini tetapi terkeluar juga.

“Walaubagaimanapun, saya tetap menghargai setiap penonton dan dalam masa yang sama merasa sedikit kecewa.

“Sekurang-kurangnya, ia mengajar saya untuk lebih matang di luar selepas ini,” kata pelajar yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Tutur Aril, selepas ini dia hanya menyerahkan arah tuju karier seninya kepada Astro Entertainment Sdn. Bhd (AESB) dan sebolehnya menginginkan genre muzik seperti band Indonesia, Padi.

Source: Mstar

1 comment:

  1. ak xske aril kuar..
    mmg xpuas hti..
    lau boleh, adakan la undian masuk..
    xbest la..
    aril ader ciri2 artis yg bagus la

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.