Thursday, 16 April 2009

(Gossip) Pasangan Kekasih Tidur Sebilik

Ada gosip panas tentang pasangan pelakon yang sedang asyik bercinta ini. Kononnya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 08 baru-baru ini, pasangan ini telah meminta untuk tinggal sebilik. Masing-masing tidak mahu berenggang dengan kekasih hati. Sama ada benar atau tidak perkara ini, GUA tidak dapat pastikan. Tetapi gosip ini disampaikan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Amboi-amboi! Berani mati nampaknya pasangan pelakon ini. Maklumlah acara itu diadakan nun di atas sana, tiada pihak berwajib yang datang mengganggu. Ambil kesempatanlah pasangan ini.

Hendak tahu siapa gerangan mereka ini? Haruslah GUA tidak boleh dedahkan. Takut nanti sampai pula surat saman ke pejabat kami. Sebagai pembayang, pelakon lelaki ini sedang membintangi sebuah drama yang ditayangkan di TV3 sekarang ini dan pelakon wanita ini pula pernah memegang watak tomboy.

GUA pun tidak faham kenapa mereka ini tanpa segan-silu minta diletakkan dalam satu bilik. Nampak sangat sudah biasa buat begitu. Kalau ya pun tidak takut dengan dosa, janganlah sibuk war-war kan pada orang lain.

Berita kredit kepada Pasangan Kekasih Tidur Sebilik (Gua.com.my)

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.