Thursday, 9 April 2009

Mawi teringin anak



Sudah beberapa bulan Mawi berkahwin. Sekarang peminatnya tunggu pula, bilakah mereka akan dengar berita Mawi bakal jadi bapa.

Mawi sendiri mengakui teringin menimang anak, malah dia dan isteri, Ekin tidak pernah merancang keluarga.

"Kami memang tidak merancang keluarga, tapi nampaknya belum ada rezeki lagi. Saya tak kisah dan tak mendesak sangat... kalau ada cepat okey dan kalau lewat pun okey," kata Mawi kepada Mangga Online.

Dia sedar sekarang ini ramai yang nak dengar berita pasal anak pula selepas dia berkahwin.

Ekin selalu masak di rumah

Sekarang Mawi dan Ekin tinggal berdua di rumahnya di Bangi, Selangor. Walaupun kerap dilhat berdua di luar, sebenarnya Ekin sempat masuk dapur.

"Biasanya kami makan tengah hari di rumah... Ekin yang memasak. Makan malam biasanya di luar ataupun kami beli sahaja semasa pulang.

"Saya bab makan ni tak cerewet. Malam-malam kalau di rumah tu... saya suruh Ekin buat cekodok dan kami makan itu sahaja pun dah okey," kata Mawi lagi

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.