Tuesday, 12 May 2009

(Gossip) Kamal Adli cinta baru Intan Ladyana?


Intan Laydana kini dikatakan sedang menyulam cinta dengan seorang pelakon baru iaitu Kamal Adli.
Mereka juga turut digandingkan bersama dalam drama bersiri Bio-Nik keluaran KRU Studios. Kamal yang ditanya oleh seorang wartawan mengatakan bahawa:

“Mula-mula (disangkakan Ladyana) berlagak gila. Lepas itu, baru sedar Ladyana bertutur secara berhemah, lemah-lembut dan comel.”

“Dia memang seorang yang gembira. Semasa set penggambaran, dia tidak tunjuk stres dan kami hanya merupakan good friend… itu sahaja,” ujarnya.

Jika ditakdirkan mereka mempunyai jodoh, Kamal memberitahu: “Kamal tidak cakap nak atau tidak nak. Kalau Tuhan dah set, dah set (tentukannya).

“Dia (Intan) memang seorang gadis yang sangat baik. Untung sesiapa yang berjaya menawan hatinya,” katanya dia redha dan selesa dengan perhubungan sekarang.

“Masih di peringkat awal lagi, baru hatinya terluka, biarkannya dia sembuh terlebih dahulu.. Kesiankan Intan, dia yang terkena bila desas-desus bertiup kencang,” akui Kamal.

Dan berikut adalah pengakuan Intan pula.

Bagaimanapun, Intan memberikan sedikit bayangan ciri-ciri ataupun kriteria lelaki idaman yang mampu bertakhta di hatinya sememangnya dimiliki Kamal.

“Kamal baik orangnya, ada chemistry antara kami berdua, saling memahami dan senang kerja juga, sabar, handsome (kacak),” akuinya ketika menjawab pemberita.

Mengulas lanjut, Intan memberitahu, mereka tampak rapat mungkin kerana dia dan Kamal merupakan kawan rapat dan saling memahami kerana masing-masing merupakan pelakon.

Oleh itu jelasnya, Kamal memahami tuntutan kerja sebagai seorang pelakon dan apa yang paling penting ialah trust (kebolehpercayaan).

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.