Monday, 22 June 2009

Noraniza Idris cepatkan kelahiran anak?

Ini satu lagi cerita dari Noraniza Idris hot dan panas dari mahkamah.

Petikan berita:
Penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini dia terpaksa mempercepatkan kelahiran kandungan anak keduanya yang sudah mencecah lapan bulan bagi membolehkannya membuat pertunjukkan pentas.

Tindakan tersebut yang dilakukan dengan restu Fareez atau Mohd. Fauzi Tajuddin, 46, yang masih suaminya ketika itu adalah bagi membantu mencari wang untuk membayar tunggakan rumah mereka kira-kira 16 tahun lalu.

Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Idris, 41, memberitahu, pendapatannya hanya bergantung kepada pertunjukan pentas dan penjualan album.

Begitu pun, dia tidak dapat berbuat demikian kerana pada waktu itu sedang sarat mengandungkan anak keduanya, Mohd. Alfeq Haikal.

Mohd. Alfeq Haikal kini berusia 16 tahun.

Menurut penyanyi itu, dia memberi sumbangan besar kepada rumah itu dengan menjelaskan bil-bil dan tunggakan ansuran rumah tersebut.

''Pada masa saya sarat mengandungkan anak kedua dan rumah hampir dilelong kerana defendan (Fareez) gagal membayar ansuran bulanan rumah selama enam bulan berturut-turut, saya terpaksa mempercepatkan kelahiran untuk mencari sumber kewangan membantu Fareez.

''Saya juga telah berikan Fareez barang kemas saya untuk dijual bagi melangsaikan hutang tunggakan tetapi tidak mencukupi. Dia juga telah mengambil barang kemas saya dari peti simpanan tanpa pengetahuan saya.

''Dia tidak memberikan sebarang komitmen untuk membantu dalam bayaran ansuran rumah,'' katanya sambil menangis teresak-esak sewaktu menjawab pertanyaan peguam syarie mewakilinya, Zuri Zabuddin Budiman.

Ketika disoal mengenai status rumah tersebut sekarang, Noraniza memberitahu, rumah yang terletak di Seksyen 6, Wangsa Maju itu masih lagi dalam senarai lelongan pihak bank.

Pada ketika ini, riak wajah Fareez yang tidak diwakili peguam syarie kelihatan marah dan turut mengomel sendiri seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh bekas isterinya itu.

Noraniza selaku plaintif menyatakan demikian dalam perbicaraan prosiding tuntutan harta sepencarian yang difailkan olehnya terhadap Fareez pada Disember tahun lalu.

Penyanyi itu menuntut beberapa harta sepencarian yang diperoleh sepanjang 18 tahun perkahwinan mereka sebelum bercerai seperti sebuah bangunan kedai tiga tingkat dan sebuah rumah di Wangsa Maju.

Noraniza dalam keterangannya hari ini turut memberitahu, Fareez ada menulis dan menandatangani sepucuk surat bertarikh 13 April 2006 sebagai perjanjian untuk menyerahkan 50 peratus daripada hasil penjualan kedai tersebut kepadanya.

Bagaimanapun, dakwa Noraniza, selepas kedai tersebut dijual, sebahagian daripada hasil penjualan itu tidak diserahkan kepadanya.

Penyanyi itu turut mendakwa memiliki 50 peratus pemilikan rumah di Wangsa Maju dan memohon bekas suaminya itu menyerahkan hasil penjualan barang-barang salon miliknya yang berjumlah RM10,000.

Terdahulu, Fareez dilihat tersenyum dan tertawa kecil apabila Noraniza memberitahu yang dia gagal mendapatkan sebarang dokumen berhubung harta sepencarian itu kerana segala dokumen disimpan oleh bekas suaminya itu dan dia telah dihalau keluar dari rumah pada 19 September 2005.

Bagaimanapun, sebaik sahaja selesai prosiding, Fareez meluru keluar dari dewan mahkamah dan berulang kali mengatakan semua yang dinyatakan oleh Noraniza adalah tipu.

''Tipu. Tipu. Semuanya mengarut!,'' katanya sambil berlalu pergi tanpa menghiraukan media yang memerhatikan gelagatnya.


P/S : Adoi..apala nak jadi rumahtangga artis..lepas satu, satu drama swasta dilakonkan..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.