Tuesday, 16 June 2009

Sarimah Dan Suami Berpisah

gambar-sarimah
Gosip hangat Sarimah bercerai Amir Andrew Abdullah dah panas didengar dari segala pelusuk Malaya. Khabar angin tentang perpisahan Sarimah dan suaminya selama tiga tahun, Amir Andrew Abdullah, sudah lama diperkatakan. Dan hari ini, di dalam akhbar Harian Metro, artikel bertajuk 'Sarimah, Amir pisah', pengacara yang terkenal dengan perwatakan yang ceria dan gila-gila itu tampil mengesahkan perkara tersebut.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Sarimah dan suami telah berpisah sementara selama beberapa bulan dengan harapan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, sebelum mengambil keputusan untuk berpisah secara rasmi pada Disember lalu. Dan bagi sesiapa yang mungkin melihat perceraian ini hasil daripada kehadiran orang ketiga, Sarimah menafikannya.

Katanya, melihatkan sudah tiada keserasian di antara mereka, perpisahan merupakan jalan terbaik. Walaupun tidak lagi berstatuskan suami isteri, mereka masih bergelar sahabat.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.