Thursday, 16 July 2009

Ustaz Akhil Hayy bercerai,lepas ni kahwin Waheeda?

Akhirnya becerai jua pasangan suami isteri ni.Perceraian,perkara halal yang dibenci Allah.Sedih betul sebab MRMY respek dengan Ustaz Akhil Hayy ni.Dari time belajar di Universiti lagi MRMY peminat setia Akhil Hayy.Namun, macam-macam tohmahan tidak enak dan kutukan terhadap Ustaz Akhil Hayy.Dengan gambar,video,dan macam-macam lagilah.Sedih dan sadis.Waheeda?tak payah ceritalah..

akhilhayy

Penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy dan Maizawati Zainal sah bercerai talak satu selepas Akhil melafazkan talak di hadapan Hakim Mohd. Riduan Yusof, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari.

Akhil, 40, kelihatan tenang melafazkan cerai terhadap Maizawati, 33, selepas kedua-dua bersetuju untuk berpisah secara baik.

Maizawati yang anggun berjubah biru berbunga-bunga dan bertudung hitam juga dilihat bersahaja sebaik mendengar lafaz itu dan sempat memohon kemaafan daripada suaminya sebelum cerai dilafazkan.

Sejurus selepas itu, mahkamah memerintahkan Maizawati menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula hari ini. -utusan

P/S: Ramai sangat benci dan menyampah pada Ustaz Akhil Hayy.Ustaz, minta diperjelaskan..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.