Wednesday, 2 September 2009

Perceraian Krisdayanti dan Anang



Berpisah jua mereka berdua ini setelah dilanda ribut taufan dan angin puting beliung.Diva Pop Indonesia, Krisdayanti, 34 ,(KD) disahkan bercerai dengan suaminya, Anang Hermansyah, 40, setelah mendirikan rumah tangga selama 13 tahun.Waduh waduh apda sudah jadi Kris?
krisdayanti-anang-bercerai

Apa Krisdayanti Kata:

Kami bersepakat untuk mengkahiri ikatan suami isteri tahun ini. Kami juga bersepakat agar perpisahan tali pernikahan ini tidak akan menyalahkan atau memalukan sesiapa," katanya dengan penuh redha di hadapan pihak media.

Krisdayanti menambah, dia mengaku rumah tangga yang dibina bersama Anang sejak sekian lama telah mengalami masalah selepas buku biografi peribadinya bertajuk My Secret My Life diedarkan kepada khalayak.

Dalam perkembangan yang sama, Krisdayanti merelakan hak penjagaan 2 anaknya, Titania Aurelie Hermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah diberikan kepada Anang, meskipun cukup berat hatinya untuk merelakan.

Sekali lagi Krisdayanti menganggap, keputusan berkenaan adalah terbaik buatnya dan mereka sekeluarga. Malah jauh sekali untuknya berungut demi memastikan kebahagiaan masa depan kedua cahaya matanya itu.

"Sejak sebulan kebelakangan ini, Anang tidak mengizinkan saya bertemu anak kami. Malah saya juga sukar untuk bertemu mereka berdua, walaupun jarak tempat tinggal kami sangat dekat.

'Tiada alasan yang diberikan Anang mengapa saya tidak dibenarkan bertemu anak-anak. Mungkin juga kerana Anang tiada alasan yang kukuh, padahal dia tahu hak penjagaan telah diberikan sepenuhnya kepada dia," katanya.

Krisdayanti berkata, dia amat berharap supaya Anang dapat memberinya kesempatan dan waktu untuk bersua muka dengan anaknya kelak.

Kata Anang:

“Aku bukan pemimpin dia lagi, kerana dia sudah memiliki pemimpin lain. Sekarang aku sudah tidak lagi peduli dengan hal dia. Dia mahu tunggang terbalik, dia mahu meloncat-loncat, silakan saja kerana aku sudah tidak peduli lagi dengan dia,”

P/S: Macam-macam kan.Adatla artis bercerai-berai.MRMY macam teringatkan Krisdayanti digosipkan dengan gitaris Tohpati serta Dicky Wahyudi.Mungkinkah sebab orang ketiga Kris bercerai?

1 comment:

  1. [...] Aznil menjadi “lebih besar” ketika ia pindah ke Astro.Memang, penggemar Akademi Fantasia sukar untuk memisahkan dirinya daripada acara yang diselenggarakan selama lima tahun. Ketika [...]

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.