Saturday, 12 September 2009

Rancangan Melodi kurang menarik?

MRMY berbual dengan rakan hari ni dan dia beritahu MRMY yang rancagan Melodi sekarang bosan.Kenapa?Ok, ini la lebih kurang garapan perbualan kami.
nabil-raja-lawak
Akhir-akhir ni bila tonton Melodi dan rasa tak best pula dengan kehadiran Nabil Raja Lawak sebagai pengacara.Anda tonton Melodi hari ni?Bagi yang minat Nabil mungkin anda suka dan rasa nak tengok dekat-dekat kat TV tu biar nampak muka Nabil berspek mata hitam tu.Apa pun personally dia kurang minat dengan trend baru Melodi sejak Nabil ada.Lawak memang lawak, tetapi informasinya agak sangat kurang formal hinggakan jadi lawak je memanjang dan lebih pada bersembang.Jadi riuh pula pengacaraan di Melodi tu, bukannya bagi informasi dan berinteraksi dengan penonton.

Apa yang dia nampak, Fara Fauzana kurang bercakap dan berinteraksi dalam Melodi berbanding Melodi sebelumya.Punca?Sebab Wahid dan Nabil sibuk buat lawak dan riuh.

Apa pun, itu pandangan peribadi dia sahaja, tanpa kepakaran mahu pun kelulusan bidang pengacaraan.Walaubagaimana pun dia tetap penonton setia Melodi yang berhak untuk bersuara.Dan MRMY jadikan Artiskini.com ni sebagai platform untuk dia suarakan pandangan dia.

Bagi MRMY pula,itu kan rezeki si Nabil tu masuk melodi, biarlah..apa pun, personally kalau hendakkan kelainan,MRMY boleh bagi satu cadangan iaitu..Melodi boleh buat jemputan artis-artis tempatan untuk jadi pengacara jemputan bersama Wahid dan Fara Fauzana.Ramai rasanya artis dalam Malaysia perlukan promosi dan kick-back glamour dari rancangan Melodi.Ok apa, Melodi pun dapat bantu artis naikkan populariti mereka jika dah kelam,dan popularkan lagi diri jika sudah popular.Ini lebih baik rasanya dari isu murahan dan gosip membabi buta artis dihidangkan kepada peminat industri Malaysia.Amacam , ada berani?

P/S:MRMY pelik kenapa hari ni rancangan Melodi habis macam tu saja?Apa dah jadi?

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.