Wednesday, 23 September 2009

Salam Aidilfitri dari Artiskini.com

Walau pun Hari Raya telah beberapa hari berlalu, MRMY rasa masih belum terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri.Harap anda semua pembaca budiman bahagia dan gembira di samping orang tersayang.

Artiskini.com pun bercuti juga,cuti raya..jadi paham-paham la Artiskini.com ni tak terupdate kesekian lama.Apa pun, harap anda semua happy di bulan syawal nie.Kalau rajin bawak-bawaklah puasa 6 tu.Ibarat puasa sepanjang tahun..ada cakap seperti puasa sepanjang umur.Wallahu'alam, tanyala Ustaz ok!

Selamat Hari Raya!

MRMY,

ARTISKINI.COM


Moh kita nyanyi ramai-ramai lagu evergreen hari raya ni!

SATU HARI DI HARI RAYA

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

NYANYIAN: Biduan M Nasir



DENDANG PERANTAU

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

Nyanyian: Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.