Friday, 16 October 2009

Melissa Maureen dan Malique Dirompak & Dicabul!

Tajuk ni bukan hype!Tapi korang janganla ingat aku buat-buat cerita pulak!Ini dari laporan berita sensasi Murai.com juga.Awal bulan hari tu (cerita lama dah) mama cun Melissa Maureen dan Malique (Too Phat) dirompak dek 4 orang lelaki bersenjatakan parang.Tapi yang di cabul semestinya si cantik Melissa Maureen, bukannya abang Malique!Jangan konpius dengan tajuk entri MRMY ni ok?Kesian betul nasib suami isteri ni.Memang dasar nak mampus betul perampok tuh.Memang kalau dapat kene penyek jadi sambal tumis!
melissa-maureen-dan-malique-dirompak

Baca berita ni:

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.

Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.

Artikel:Murai.com.my

Ini la yang sedih ni bila baca.Sudahla malang kena rompak, cedera pulak tu..dapat pulak jumpa polis macam tu.MRMY pun pernah beberapa kali ada pengalaman "taik" macam ni dengan polis.Sedih betuila.Tapi bukanla maksud semua polis macam tu,ramai je yang bagus dan mantop.Just mungkin nasib tak berapa baik jumpa polis yang low minded macam tu.
Apa pun, main point MRMY untuk entri kali ni, tolong jaga diri memasing ok.Tak lupa pada Melissa Maureen,baby Inca Medina dan Malique, sabar ye..dugaan tu..

P/S:Jangan igt MRMY ni anti-polis pulak, just cakap bende yang betul je la hehe

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.