Thursday, 29 October 2009

Tuntutan balik tiket konsert Beyonce Knowles

Kontroversi sama ada konsert artis popular Beyonce Knowles batal atau pun ditunda menjadi bualan orang.Iyalah, macam-macam cerita di dengar.Apa pun pihak penganjur konsert dengan bermurah hati akan pulangkan bayaran balik tiket konsert yang anda bayar kepada mereka.
73024694CG026_Dreamgirls_UK
Ini kata pihak penganjur: "Semua nilai tuntutan tiket akan dibayar balik. Bagaimanapun bayaran tempahan tiket sebanyak RM10 yang dibuat menerusi website dan call centre sama sekali tidak akan dipulangkan,” kata kenyataan itu.

Penebusan tiket konsert Beyonce hanya boleh dibuat di kaunter ibu pejabat Axcess di Jalan Semangat Petaling Jaya bermula semalam iaitu 26 Oktober sehingga 14 November ini.

Bagi tuntutan menerusi cek, setiap pemegang tiket dikehendaki membawa tiket asal yang masih belum dikoyakkan dan perlu mengisi borang tuntutan lengkap selain salinan kad pengenalan.

Sementara itu bagi tuntutan menerusi kad kredit, pemegang asal kad kredit dikehendaki hadir ke ibu pejabat Axcess yang di bawa bersama tiket asal konsert, borang lengkap dan salinan kad pengenalan.

Setiap tuntutan yang dibuat pada 26 Oktober sehingga 1 November ini, bayaran balik menerusi cek akan dikeluarkan pada 30 November ini. Sebaliknya bagi tuntutan yang dibuat pada 2 - 8 November ini, bayaran balik menggunakan cek hanya akan dikeluarkan pada 5 Disember ini.

Bayaran balik menggunakan cek pada 10 Disember akan diberikan bagi tuntutan yang dibuat pada tarikh 9 - 14 November. Manakala, bagi bayaran balik menggunakan kad kredit, akan diberikan 7 hari waktu berkerja dari tarikh tuntutan bagi bank tempatan, manakala 14 hari waktu bekerja (bank antarabangsa).

Sementara itu, bagi pembeli yang mendapatkan tiket konsert menerusi e-mel, tuntutan boleh dibuat dengan meletakkan subjek: Beyonce Refund dan hantar ke beyonce_refund@axcess.com.my dengan menampilkan nombor rujukan tempahan.

Bagi pembeli yang mendapatkan tiket konsert menerusi panggilan telefon, sila hubungi talian Hotline 03-77115027 dengan menyatakan nombor rujukan tempahan.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.