Monday, 23 November 2009

Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) Januari 2010

Lagu Seadanya Aku nyanyian Nubhan serta Raja Gelek (One Nation Emcees) telah gagal melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu Ke-24 (AJL24) yang bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 Januari nanti.

Sedangkan kedua-dua lagu tersebut pernah berada dalam senarai Top 10 peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik sebelum ini. Raja Gelek terpilih sewaktu dipertandingkan dalam Bahagian Pertama manakala Seadanya Aku pula Bahagian Kedua.


Dengan perubahan itu, barisan pihak juri telah sebulat suara untuk memilih 14 lagu yang bakal dipertandingkan di akhir AJL24 nanti. Lagu-lagu tersebut adalah Aku Scandal (Hujan) Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Aurora (Estranged), Bengang (Akim), Aku Rindu Aku Sayang Kamu (Black), Dan Sebenarnya (Yuna), Rindu Terhenti (Tomok), Pakai Buang (Stacy), Kau & Aku serta Pergi (Aizat), Situasi (Bunkface), Bencinta (Faizal Tahir), Masih Jelas (Hafiz) serta Cinta Adam & Hawa (Misha Omar).

Credit:Murai.com.my

2 comments:

  1. Saksikan finalis2 Anugerah Juara Lagu ke-24 dan tontoni Imbasan AJL dulu & kini!!

    Layari http://ajl.tv3.com.my/

    Sekarang!! :)

    ReplyDelete
  2. nPA BuKaN BuNFaCe yG MnAnG??

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.