Monday, 9 November 2009

Sehati Berdansa 3 minggu ke-3:Enot dan Zainul tersingkir!

Debaran Sehati Berdansa minggu ke-3 yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil malam tadi menyaksikan pasangan Enot & Zainul telah tersingkir apabila mereka berada di tangga tercorot.

Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari menjadi jangkaan ramai apabila juri tetap, Joseph Gonzales menyebut persembahan Enot & Zainul tidak menunjukkan peningkatan pada minggu ini.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 31, dan suami Zainul Abidin Mat Noor, 38, menjadi pasangan kedua tersingkir selepas mengikut jejak langkah Anita & Ismadi pada minggu lalu.

http://1.bp.blogspot.com/_szsUc8faJGM/SR6BdpwK9xI/AAAAAAAAAGQ/_Ty_ihK7B-w/s400/SehatiBerdansaLogo.jpg

Pasangan Enot yang mengutip markah terendah iaitu 43.96 peratus, di bawah Mirna, 44.91. Dira berada pada kedudukan teratas dengan mengutip, 53.57 manakala Sazzy, 51.21; Sein, 50.17; Isma, 49.49; Didie, 48.87 dan Oshin, 47.99.

Kepada pengikut setia sehari berdansa.Berikut adalah senarai program SB3:

Detik Sehati Berdansa 3
Setiap Isnin – khamis, 9 - 9.05 Malam

Di Sebalik Sehati Berdansa 3
Setiap Jumaat, 9 Malam

Malam Sehati Berdansa 3
Setiap Sabtu, 9 Malam

Debaran Sehati Berdansa 3
Setiap Ahad, 9 Malam

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.