Thursday, 17 December 2009

Hazama Vokalis baru kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH)

Buat pertama kalinya, vokalis yang dikenali sebagai H itu membuat persembahan bersama MUH di hadapan khalayak ramai. Namun begitu, identiti H masih dirahsiakan dan mukanya sengaja diconteng ala-ala muka anggota MUH membuat persembahan lagu Lagu Untukmu di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal Januari lalu. Menurut Kimi, Black tidak dikira sebagai vokalis sementara mereka kerana penyanyi kelahiran program realiti Mentor musim ke-3 itu hanya mendendangkan sebuah lagu hasil usahasamanya dengan MUH iaitu Drama King.
hazama
Ini bermakna buat sementara waktu, Black akan turut serta bersama H dan MUH jika melakukan persembahan. H merupakan salah seorang calon vokalis sementara sebelum mereka menemui vokalis tetap MUH. Biarpun Kimi enggan mendedahkan siapakah H, namun ramai di kalangan penggerak industri hiburan tempatan berkata, H itu adalah Hazama AF4. Biar apa pun cakap orang, Kimi menegaskan dia tidak akan menjawab spekulasi itu.

Profil Hazama Vokalis baru MUH:
Nama Penuh : Hazama b Ahmad Azmi
Bangsa : Melayu
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 28 November 1984
Zodiak : Sagittarius
Tinggi : 173 cm
Berat : 57 kg

Jom dengar sikit nyanyian Hazama time dalam AF4 dulu.Serak macam Saleem pun ada dia ni.

2 comments:

  1. Hazama slps msk band meet uncle hussein
    ni mkn popular npk nya
    tp jgn tlpu bng dri sdh baru single yg
    pertama itu pun menyanyi dgn
    black

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.