Wednesday, 16 December 2009

Zizie Ezette kahwin dengan VVIP Sabah,Bung Moktar?

Dalam berita, dalam blog kecoh isu Zizie Ezette nak kahwin dengan VVIP.Kononya dilamar oleh seorang wakil rakyat dari Sabah.Nama yang pertama kecoh disebutkan adalah Bung Moktar yang sudah pun berbini dan beranak dua.Komen Bung Moktar?Mestila dia nafikan berita gosip kahwin Bung Moktar dan Zizie Ezette nie.Apa pun, kita tengok dengan siapa Zizie Ezette nak kahwin nanti.Mak Zizie Ezette pun tak berani nak komen apa-apa lagi.
bung-moktarkahwin-zizie-ezette
Berhubung khabar angin yang mengatakan aktres itu telah dilamar oleh seorang ahli politik dari Sabah, Ibu kepada Zizie Ezette tidak mahu mengulas apa-apa mengenainya.

"Saya tidak mahu komen. Biarlah Zizie sendiri yang jelaskan," kata pelakon Khaty Fauziah.
Menurut Khaty, dia tidak mahu berbicara lanjut tentang perkara itu kerana ia masih dalam perbincangan.

"Saya susah untuk memberikan komen kerana perkara (perkahwinan) ini masih dalam perbincangan dan kami belum memberikan apa-apa keputusan. Insya-Allah, apa-apa pun, kami akan beritahu dalam minggu depan,” kata Khaty enggan memberikan komen lanjut.

Sementara itu, Zizie gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan. Semua panggilan telefon mahupun SMS mStar kepadanya tidak mendapat sebarang respons. Zizie sebelum ini pernah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan berusia 40-an dari Batu Pahat, Johor setelah hampir tujuh tahun bercinta.

1 comment:

  1. [...] Ezette, gambar artis nuffnang_bid = "6557ff288a1203b0a15bc93aa34850ae"; Pernikahan antara Bung Mokhtar dan Zizie Ezette yang dinafikan oleh Bung sendiri sebelum ini, akhirnya terjawab.Memang sudah dasar orang popular, [...]

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.