[ Mencecah 80 ribu page views dan 30 ribu pengunjung ! Iklankan produk anda di Artiskini.com! Klik Sini! ]

-----------------------------------------------------------------------------------------
 

Rozita Che Wan diuji

 

Inilah yang kita panggil sebagai ujian.Rozita Che Wan, gadis yang cantik, mempunyai susuk tubuh dan paras rupa menawan telah menarik minat ramai pihak.Tak kurang juga lelaki gatal yang mencari peluang.Rozita Che Wan berkongsi kisah dia ditelefon oleh seseorang untuk mengatur pertemuan “Rahsia”.Yang bestnya pertemuan tu adalah berbayar puluhan ribu!Ada juga yang ajak naik jet peribadi pulak!Nasib baik la Cik Rozita kita ni kuatkan Iman hehe.Sila baca sikit cerita Cik manis kita sorang ni di bawah:

“Tahun lalu seorang lelaki yang menjadi orang tengah menelefon dan minta saya menemani seseorang untuk makan malam. Katanya, makan malam itu privasi hanya untuk saya dan lelaki itu bagi tempoh dua jam saja. Sebagai upah, saya boleh minta berapa saja walaupun puluhan ribu ringgit. Selepas saya menolak tawarannya, lelaki itu berkali-kali cuba menghubungi saya dan menghantar SMS dengan memaklumkan tawaran sentiasa terbuka. Katanya, saya boleh berhubung dengannya semula jikab erubah fikiran.

Saya berasa sungguh terhina dengan tawaran sebegitu. Saya juga pernah menerima tawaran melancong ke luar negara. Mereka bukan saja menelefon saya secara peribadi tetapi ada yang datang ke rumah dan sanggup menyediakan jet persendirian untuk mengambil saya. Saya tidak layan semua itu dan jangan fikir juga semua artis boleh dibeli dan dikaburi dengan wang ringgit.” Ujar Rozita

 

Masukkan E-Mel Anda Untuk Update terkini Artis dan Cerita Panas:

Delivered by FeedBurner

Discussion

What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

 
Your Ad Here