Tuesday, 19 January 2010

Rozita Che Wan diuji

Inilah yang kita panggil sebagai ujian.Rozita Che Wan, gadis yang cantik, mempunyai susuk tubuh dan paras rupa menawan telah menarik minat ramai pihak.Tak kurang juga lelaki gatal yang mencari peluang.Rozita Che Wan berkongsi kisah dia ditelefon oleh seseorang untuk mengatur pertemuan "Rahsia".Yang bestnya pertemuan tu adalah berbayar puluhan ribu!Ada juga yang ajak naik jet peribadi pulak!Nasib baik la Cik Rozita kita ni kuatkan Iman hehe.Sila baca sikit cerita Cik manis kita sorang ni di bawah:

[gallery columns="2"]

“Tahun lalu seorang lelaki yang menjadi orang tengah menelefon dan minta saya menemani seseorang untuk makan malam. Katanya, makan malam itu privasi hanya untuk saya dan lelaki itu bagi tempoh dua jam saja. Sebagai upah, saya boleh minta berapa saja walaupun puluhan ribu ringgit. Selepas saya menolak tawarannya, lelaki itu berkali-kali cuba menghubungi saya dan menghantar SMS dengan memaklumkan tawaran sentiasa terbuka. Katanya, saya boleh berhubung dengannya semula jikab erubah fikiran.

Saya berasa sungguh terhina dengan tawaran sebegitu. Saya juga pernah menerima tawaran melancong ke luar negara. Mereka bukan saja menelefon saya secara peribadi tetapi ada yang datang ke rumah dan sanggup menyediakan jet persendirian untuk mengambil saya. Saya tidak layan semua itu dan jangan fikir juga semua artis boleh dibeli dan dikaburi dengan wang ringgit.” Ujar Rozita

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.