Monday, 8 February 2010

Gambar kahwin Diddy dan Allen

Musim kahwin kembali lagi.Kini tiba masa untuk artis AF musim ke 4 Diddy.Dengan sebanyak dua kali lafaz, bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Syamsul Hirdi Muhid atau Diddy Hirdy sah menjadi suami kepada tunangnya, Allen Nor Azah Musa, sewaktu mereka diijabkabulkan di Masjid Jamek Jalil Hassan, Kg Pasir Puteh, Pasir Gudang, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Diddy yang dinikahkan oleh Penolong Daftar Nikah Cerai dan Rujuk, Mukim Pasir Gudang, Plentong, Johor Bahru, Hj Abd Rashid Elias memberikan wang hantaran berjumlah RM10,000 bersama mas kahwin sebanyak RM300 serta 7 dulang hantaran dan ia kemudian berbalas 9 hantar dari pihak perempuan.

Sungguhpun begitu, Diddy yang ditemui sejurus selepas berakhirnya majlis akad nikah itu mengakui berasa cukup terkilan apabila arwah ayahanda tercintanya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 September 2009 yang lalu tidak dapat bersama untuk melihat detik-detik yang cukup bersejarah dalam hidupnya itu.

"Diddy terkilan sebab ayah dah tak ada bersama hari ini. Sebenarnya, sebelum ini ayah yang beriya-iya dan merancang segalanya untuk pernikahan kami. Malah, Diddy terkejut apabila mendapat tahu, arwah ayah sudah tempah khemah kahwin sebelum dia meninggal.

"Tiada siapa tahu tentang tempahan tersebut sehinggalah pada hari Diddy pergi sendiri menempah khemah. Apapun, Diidy bersyukur segala yang dirancang berjalan dengan lancar," jelas Diddy.

Apa yang pasti, anak ke-5 dari 6 beradik ini mengenali isterinya sejak dari tingkatan 2 lagi. Malah, jejaka tinggi lampai ini amat lega kerana ikatan pertunangan yang mencecah selama 4 tahun selepas ianya mula terjalinpada 19 Februari 2006 berakhir dengan ikatan suami isteri.

"Malam tadi, Diddy tak senang duduk dan tak boleh tidur. Bukan sebab Diddy rasa gementar tetapi teruja menunggu saat untuk dinikahkan. Alhamdulillah, Allen sudah jadi milik Diddy sepenuhnya. Allen melengkapi hidup Diddy. Diddy juga senang dengan caranya. Kami bertunang seminggu sebelum Diddy datang uji bakat AF4 ," kata Diddy.

Menyokong pendapat suaminya, Allen yang bertugas sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat mengakui cukup terpikat dengan Diddy kerana senyuman menawan yang dimilikinya penyanyi lagu Hilang itu.

Biarpun pasangan ini seringkali digosipkan sudah putus tunang, namun Allen mengakui bahawa kedua-dua sentiasa mengamalkan sikap saling percaya-mempercayai, jujur serta hormat-menghormati. Ia cukup penting dalam menjalinkan ikatan.

"Saya takkan pernah menghalang kerjaya Diddy. Saya juga tak ada perancangan untuk menjadi PA (Pembantu peribadi) kepadanya," ujar Allen.

Mempersetujui pendapat isterinya, Diddy menjelaskan isterinya akan kekal menjadi orang belakang tabir. Malah, Diddy hanya mahu dia seorang saja berstatus selebriti.

"Syukurlah, kami dapat kawal segala gosip yang dilontarkan kepada kami. Terus-terang, kami rasa agak tertekan juga bila orang asyik bertanya benarkah berita kami putus tunang itu.

"Tapi percayalah, kami tak pernah pun putus tunang. Setakat gaduh manja-manja adalah. Malah, kami ada gelaran nama masing-masing. Diddy panggil Allen dengan gelaran Cinta manakala Allen panggil Diddy, sayang," jelas Diddy.

Sementara itu, Diddy yang masih lagi berahsia tentang lokasi bulan madu kerana mahu memberikan kejutan pada isterinya turut mengakui bahawa dia dan Allen sudah bersedia untuk menimang cahaya mata sekiranya mereka diberikan rezeki lebih awal.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.