Friday, 26 February 2010

Hubungan Fazura ditolak Istana?

Minat betul dengan lakonan ala-ala gedik si Fazura dalam Filem Pisau Cukur bersama Maya Karin.Lain dari yang lain dan ala-ala Hollywood gitu.Khabar perhubungan Fazura dengan kerabat telah lama diperkatakan. Meskipun tiada pengakuan dan penjelasan yang telus daripada pelakon jelita berusia 26 tahun itu sebelum ini, yang lebih senang memberikan jawapan selamat tentang perhubungan peribadinya. Sehinggalah majalah 'Hai' keluaran bulan ini, dalam temuramahnya dengan 'Hai', Fazura berkongsi bahawa dia dan kerabat diraja berkenaan ada berbincang tentang soal perkahwinan.
fazura-majlis-harijadi

Gambar Fazura ala-ala Beyonce semasa majlis Hari jadi?Betul ke gambar mahlis hari jadi Fazura ni?

Sekaligus mengiyakan apa yang sudah lama disyaki umum, malah memberi gambaran bahawa perhubungan ini diambil serius kedua belah pihak. Namun, perhubungan ini nampaknya tidak direstui pihak istana. Dalam laporan esklusif Hits (Utusan Malaysia) kelmarin (24/2) - 'Fazura tidak diterima istana?' - seorang sumber istana dipetik memberitahu istana tidak dapat menerima Fazura. Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Fazura sebelum ini mengenai perhubungannya dengan kerabat diraja tersebut hanya pendapat dia seorang kerana "bukan dia seorang sahaja kawan wanita kerabat diraja itu".

"Sudah tentu istana mahukan kerabat diraja bertemu jodoh dengan wanita yang tidak pernah terlibat dalam kontroversi tidak kira sama ada gadis kampung atau anak raja," kata sumber tersebut. Fazura yang dihubungi enggan mengulas mengenai hal berkenaan lagi. -Gua

Takpa Fazura, banyak lagi VVIP yang ada.Datuk-datuk pun ok apa, tak pun Menteri pun boleh, macam si Zizie Ezette tu.Kuota Abang Bung tu pun masih ada kosong kan?Jangan mare ye, gurau-gurau manje hehe.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.