Saturday, 20 February 2010

Julia Ziegler mandi wajib lepas berlakon?

Sebaik sahaja baca fasal Julia Ziegler ni mandi wajib, otomatik kepala hotak fikir bukan-bukan.Mana taknya, orang mandi wajib lepas shooting, sapa tak fikir bukan-bukan?Tapi Julia cakap, dia mandi wajib lepas pemggambaran untuk mengelakkan perkara buruk berlaku di lokasi dan supaya tak terbawa-bawa watak lakonan.Contohnya watak mabuk, julia tak mahu terbawa-bawa watak mabuk di luar set shooting.Boleh ke camtu Julia?


Kalau tak silap, mandi wajib ni untuk orang yang ada hadas besar saja kan?
Jom kitaa belajar bab agama sikit ok.

Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

* melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
* jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
* Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
* Mati
* Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

* Keluar darah haid

“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”

* Nifas
* Melahirkan anak (Wiladah)

Tak caye cuba korang or Julia boleh baca sendiri di link ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Mandi_wajib. So, tak masuk akal la pulak si Julia ni nak gi mandi wajib.Kurang pasti mazhab mana yang dia pakai ye tak?Atau pun setiap kali lepas penggambaran berlaku salah satu perkara di atas?Entahlah, anda tanyalah si Julia sendiri, dia yang mandi bukanya aku.
Kalau aku pulak, selalunya hari-hari WAJIB mandi, bukannya hari-hari mandi WAJIB.Ok tak?

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.