Friday, 26 February 2010

Kontroversi Puteri Sarah Liyana, Ammar Alfian dan wartawan

Sekarang ni macam-macam kontroversi timbul dek kerana artis itu sendiri mahu pun dek wartawan yang gatal mulut dan tak sabar nak jaja berita tanpa usul periksa.Personally dua-dua pihak kenalah beretika dalam apa jua gosip yang didengar.Kenalah profesional sikit supaya kontroversi macam ni tak timbul.Pelakon utama filem Lu Pikir La Sendiri The Movie, Puteri Sarah Liyana memohon maaf kepada wartawan di atas kenyataan yang ditulis di laman sosial Facebook miliknya yang meminta seorang wartawan hiburan berjumpa dan bersumpah di hadapannya dengan bersaksikan al-Quran. Wartawan hiburan tersebut dianggap telah 'membawa mulut' dan mencetuskan kontroversi pergaduhan antara dia dan kekasihnya, Ammar Alfian ketika Majlis Tayangan Filem Lu Pikir La Sendiri The Movie.



Sarah yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Asmaradana baru-baru ini juga memberitahu bahawa tujuannya menulis di Facebook kerana dia tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi sebenar. Menurut Sarah lagi, pengarah tersebut memberitahu seorang wartawan daripada Harian Metro telah membawa cerita bahawa dia dan Ammar bergaduh.

Kenyataan ini tertera di laman sosial berkenaan baru-baru ini. Antara lain, Puteri Sarah berkata...

"i balik awal nak gy shooting,org kate i balik awal sebab gadoh! SIAPAKAH ORANG ITU?aminah rhapor bgtau sape but xnakla sebutkan coz im not like u nak burukkan org! ORANG ITU ADALAH REPORTER fr #***. coz of u start reka cite so reporters lain sume prcaya. i juz want u to come n c me n bersumpah PEGANG AL QURAN yg u berk...ata BENAR since u brani sebar fitnah.if xbrani then minta maaf to me n ammar!" -14 Februari lalu pada pukul 9.59 malam

Sebelum ini, Ammar turut dikecam kerana melemparkan kata-kata kesat dan ugutan membunuh kepada wartawan hiburan Malaysia. Malah dalam kenyataanya baru-baru ini di sebuah akhbar tempatan dia enggan meminta maaf atas perbuatannya itu. Sementara itu, Sarah tidak dapat mengelak daripada soalan bertubi-tubi wartawan yang inginkan penjelasannya kenapa dia cuba mengelak dan melarikan diri daripada pihak media. Sarah mendakwa, ini disebabkan dia terlalu sibuk berkejar ke lokasi penggambaran.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.