Friday, 26 February 2010

Nasha Aziz kembali dengan teater Muzikal Antara

Inilah gambar tebaru Nasha Aziz.Dah agak lama tak lihat kemunculan Nasha Aziz ni.Dulu sangatlah femes dengan aksi panas Nasha yang dirakam oleh orang yang tidak berotak.Kemudian dengan isu bapak Nasha pulak.Apa pun, semuanya tinggalkan lah dibelakang ye.Sekarang ni Nasha tengah giat dengan teater muzikal Antara gandingan bersama Fahrin Ahmad.
gambar-nasha-aziz
Maklumat Teater Muzial Antara:
Sebuah KARYA ERMA FATIMA dan arahan ELLY SURIATY bersama lakonan hebat NASHA AZIZ, FAHRIN AHMAD, HARYANTO, ANNE ABDULLAH dan lain lain lagi manakala JAMAL ABDILLAH, ZIANA ZAIN, HATTAN, LAN TYPWRITTER, WANA, IQWAL, AHDAN akan hiburkan anda dengan lagu-lagu popular Arjuna, Laskar Cinta, Mentari Di Ufuk Timur, Melawan Ar...us, Istana Menanti, Kepadamu Kekasih, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Pintu Rindu, Meniti Titian Usang dan banyak lagi...

Konsep persembahan ini adalah sebuah Pantomin. Nyanyian dan lakonan akan digabungkan didalam sebuah penceritaan yang menarik. Antara … mengisahkan perjalanan awal kejadian manusia. Nabi Adam (as) dan Hawa. Ia juga akan menyentuh perjalanan kehidupan manusia; dari kelahiran, alam hayat, alam baqa, syurga dan neraka.

Adam dan Hawa memulakan kehidupan mereka di alam syurga, tetapi kerana tergoda dengan hasutan iblis, keduanya terlontar ke bumi. Di alam dunia, iblis terus meraja dan manusia berpalit dengan noda dan dosa. Yang lemah imannya akan hanyut dan tewas, manakala yang kental imannya akan berjaya mempertahankan akidahnya.Setiap yang hidup akan menghadapi kematian. Di alam barzakh segala dosa dan pahala akan diperhitungkan. Dari alam barzakh, manusia akan berpindah ke Padang Masyar dan setiap orang akan melalui titian siratul mustaqim. Amal dan pahalalah yang akan menentukan syurga dan neraka.

So,rasanya macam best je Teater ni.Pelakon, pengarah dan karya bukan calang-calang orang ni.Pendek kata semuanya mantap belaka.Hopefully hasilnya jugak mantap lah!

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.