Monday, 8 February 2010

Pergaduhan Puteri Sarah dan Ammar tak betul?

Ingatkan sudah selesai isu pasangan kekasih yang bergaduh selepas beberapa kontroversi hangat melibatkan pasangan kekasih.Kini ada pula desas desus perihal Puteri Sarah dan pelakon hero Ammar Alfian Aziz yang bermasam muka .Macam-macam cerita sekarang ni , ada yang betul dan ada yang di ada-adakan oleh wartawan hiburan untuk gosip murahan supaya isu menjadi panas dan mendapat perhatian peminat.Apa pun, anda boleh baca sendiri ulasan di bawah.
ammar-puteri-sarah-seksi
Banyak pihak telah menyaksikan pertengkaran yang berlaku di antara pelakon wanita Puteri Sarah Liyana dengan kekasihnya Ammar Alfian Aziz sewaktu pasangan selebriti ini menghadiri majlis tayangan perdana filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie, di Cathay, E-Curve, Damansara, petang kelmarin.

Gara-gara cemburu melihat Puteri Sarah bergambar mesra dengan Nabil, wajah Ammar dilaporkan serta-merta berubah menjadi masam mencuka. Malah, dia juga dikatakan segera beredar dari tempat itu untukk bersendirian di satu sudut hingga membuatkan semua orang yang berada di sekelilingnya termasuk Puteri Sarah sendiri berasa terpinga-pinga.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, murai.com.my telah menghubungi sendiri Puteri Sarah. Namun, dia telah menafikan bahawa wujudnya unsur cemburu sehingga berlakunya pertikaman lidah dengan pelakon lelaki yang membintangi drama bersiri Tari Tirana itu.

Bahkan, Puteri Sarah mendakwa, Ammar memberitahunya bahawa ada jurugambar dari salah sebuah akhbar harian yang telah mengasari dirinyahingga menyebabkan berlakunya sedikit ketegangan.

"Ketika saya sedang bergambar bersama Nabil, Ammar datang memberitahu saya bahawa ada jurugambar mengkasarinya. Saya tanya Amar, Kenapa? Amar jelaskan kepada saya, dia tidak mahu gambarnya diambil kerana itu bukan majlisnya. Biarlah awak saja bergambar dengan Nabil.

"Jurugambar yang ambil gambarnya tu, datang kepada saya dan memberitahu, kalau Ammar tak nak gambarnya diambil saya boleh delete sekarang," kata Puteri Sarah.

Kejadian yang berlaku petang kelmarin turut mengejutkan ramai pihak termasuk pengarahnya, Aminah Rhapor. Lebih-lebih lagi bila Puteri Sarah tidak kelihatan di dalam sidang media Lu Pikirlah Sendiri de Movie terbitan SDAF Pictures Sdn Bhd sejurus selepas majlis pra-tontonnya diadakan.

Katanya, sebelum itu, pihak produksi telah berbincang dengan Nabil dan Puteri Sarah supaya tidak membawa pasangan kekasih masing-masing kerana tidak mahu tumpuan terhadap filem beralih pada hal peribadi," katanya.

Puteri Sarah adalah salah seorang daripada pelakon yang membintangi filem yang ditunjangi Nabil sebagai pelakon utama. Turut menjayakan filem ini adalah Mila, Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Vanida Imran, Amy Search, Zizan, Zaibo, Ummi Nazeera serta tidak ketinggalan Fahrin Ahmad.

Menjelaskan pula tentang ketiadaannya secara tiba-tiba sewaktu majlis sidang media selepas pratonton filem tersebut diadakan, Puteri Sarah menjelaskan dia terpaksa bergegas pulang untuk berada di lokasi penggambaran bagi sebuah drama terbaru lakonannya.

"Pada masa sekarang memang saya sibuk berlakon untuk 2 drama iaitu Asmara Dana dan Atilia. Sebelum itu, saya sudah maklumkan kepada Pengurus Pemasaran SDAF Pictures Sdn Bhd , Kak Liza bahawa saya terpaksa beredar.

Bagaimanapun, saya tidak pula memaklumkannya kepada pengarah.

"Saya datang pun dengan kakak dan emak saya bukannya dengan Ammar. Saya sendiri pun tak tahu dia turut beredar awal dari situ.

"Saya pun jadi pelik kenapa boleh timbul cerita yang sebegini padahal tiada apa-apa pun yang berlaku sebenarnya. Saya tiada sebarang masalah pun sama ada dengan Ammar mahu pun Nabil. Ammar juga tidak bergaduh pun dengan Nabil," kata Puteri Sarah.

Filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie mengisahkan tentang kehidupan sebenar Nabil sebelum bergelar juara Raja Lawak Musim Kedua yang mana dia pernah menjadi seorang penghantar surat, pencabut bulu ayam serta menjual kuey teow di pasar malam.

Filem terbitan produksi SDAF Pictures Sdn Bhd dan edaran Grand Brilliance Sdn Bhd ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tempatan ini pada 11 Februari 2010 ini.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.