Friday, 26 February 2010

Perkahwinan Memey dan Norman Hakim tahun depan?

Sangatlah kontroversi kisah dua artis ini, Memey dan Norman suatu masa dulu.Pasangan artis sensasi dan kontroversi yang masih menjalani perbicaraan mahkamah atas pertuduhan kes khalwat, Memey Suhaiza, 22, dan Norman Hakim, 33, mengakui akan melangsungkan pernikahan selewat-lewatnya tahun depan jika semua perancangan yang diatur berjalan lancar. Mereka berdua akui, dengan reda Tuhan dan selepas perbincangan, keluarga kedua-dua belah pihak bersepakat menyatukan dua hati itu secepat mungkin, sekali gus menamatkan segala fitnah mahupun kontroversi yang melanda dua artis itu sebelum ini.
gambar-kahwin-norman-memey

Bagaimanapun, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menyerahkan segala perancangan itu kepada qada dan qadar Tuhan. Namun, Memey tidak mampu menolak ketentuan Ilahi sekiranya Norman bersama keluarganya bercadang mempercepatkan lagi jodoh pertemuan mereka, dia reda dan berserah sekiranya tahun ini juga menyaksikan dia bakal bergelar isteri kepada duda Abby Abadi itu.Eloklah perkahwinan dicepatkan sebab lagi lambat lagi banyak fitnah yang bakal orang cakap dan jaja merata-rata.Cuba tengok Waheeda dan Akil Hayy kahwin saja, mulut orang pun ikut sama tutup.

1 comment:

  1. waheeda n akill 2 selenge!ssuai r ngan memey n norman nie ko.bengap xleh d ajar!

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.