Tuesday, 30 March 2010

Artis Din Beramboi Koma Kena Virus Kencing Tikus

Gempar satu Malaysia, artis Din Beramboi jatuh sakit.Din Beramboi yang cukup popular degan idea gila dan lawak tak ingat dunia tu telah dijangkiti virus efek daripada kencing tikus.Kini dilaporkan Din Beramboi dalam keadaan kritikal dan juga sangat memerlukan darah jenis "O".

Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal dan koma.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

“Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

“Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat,” katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.

Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.

Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu.

Dalam perkembangan lain, menurut Afdlin Shauki bahawa Din Beramboi terkena effect air kencing tikus sewaktu penggambaran filem di Zoo Negara.

Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi dan doktor memberikan tempoh 24 hingga 48 jam.

Takut bila dengar orang tiba-tiba jatuh sakit.Allah kalau nak uji seseorang tu memang sekelip mata je.Macam abang din kita ni, sure ramai tekejut sebab selalu dengar dia merapu dan melawak di radio dan TV.Alih-alih sakit tiba-tiba.Moga Din beramboi kembali sihat dan dapat menghiburkan kita semua.Sama-sama kita doakan beliau.AMin..

1 comment:

  1. [...] Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.Berita yang arwah Din sakit koma disebabkan kencing tikus sebelum ini bukanlah penyebab [...]

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.