[ Mencecah 80 ribu page views dan 30 ribu pengunjung ! Iklankan produk anda di Artiskini.com! Klik Sini! ]

-----------------------------------------------------------------------------------------
 

Gambar pertunangan Aziz M Osman dan Puteri Lily

 

Alahai, Abang Aziz kita ni nak kahwin lagi nampaknya.Rasa macam baru lagi gambar kahwin Aziz M Osman dipostkan di Artiskini.com dulu.Biar apa pun mereka baru je bertunang dan empunya diri adalah Puteri Lily muda lagi cantik.Kenal la hati budi masing-masing dulu.Kahwin tu biarlah bercerai mati, biar kekal jadi cinta sejati.Berikut berita petunangan Aziz M Osman dan pilihan hati Puteri Lily.

Pengarah terkenal, Aziz M. Osman, 48, selamat ditunangkan dengan pasangannya, Puteri Sarbainun Lokman, 21, di Taman Legenda Mas, Cheras hari ini.

Anak kepada pelakon dan pengarah, Lokman Ghani itu menjadi pilihan Aziz selepas pengarah terkenal itu gagal mempertahankan tiga mahligai perkahwinannya sebelum ini.

Pada majlis tersebut, ibu Aziz iaitu seniwati Afida Es telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Sarbainun yang juga mesra dengan panggilan Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Enggan mendedahkan jumlah wang hantaran serta butiran pernikahan, pasangan tersebut memberitahu mereka bakal diijabkabulkan pada 6 Jun nanti.

“Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.

“Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumahtangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

“Selepas ini saya sudah ada ‘kawan’ untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila ‘kawan’ itu bakal bergelar isteri kepada saya,” kata Aziz ketika ditemui selepas majlis pertunangannya

 

Masukkan E-Mel Anda Untuk Update terkini Artis dan Cerita Panas:

Delivered by FeedBurner

Discussion

What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].

Comments
1.
On June 9th, 2010 at 2:40 pm, melayu hebat said:

alaa….kawin artis dgn mula2 mmg cm tue..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

 
Your Ad Here