Saturday, 24 April 2010

Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH)

Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) yang dianjurkan sempena sambutan ulangtahun Media Hiburan yang ke-25. Berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.Siti menang lagi, lepas ABP.Tahniah ye.

Berikut senarai pemenang Anugerah PPMH

1) Artis Lelaki Paling Bergaya - Anuar Zain
2) Artis Wanita Paling Bergaya - Erra Fazira
3) Artis Lelaki Berkulit Cantik - Dafi
4) Artis Wanita Berkulit Cantik - Datuk Siti Nurhaliza
5) Artis Lelaki Mata Mengancam - Dr. Fazley
6) Artis Wanita Mata Mengancam - Rozita Che Wan
7) Artis Lelaki Hidung Memukau - Jimmy Shanley
8) Artis Wanita Hidung Memukau - Rita Rudaini
9) Artis Lelaki Gigi Tercantik - Diddy AF
10) Artis Wanita Gigi Tercantik - Lydia Ibtisam
11) Artis Lelaki Bibir Seksi - Norman Hakim
12) Artis Wanita Bibir Seksi - Linda Onn
13) Artis Lelaki Rambut Menawan - Anuar Zain
14) Artis Wanita Rambut Menawan - Fauziah Ghaus
15) Artis Kacak - Kamal Adli
16) Artis Jelita - Diana Danielle
17) Pesona Artis Baru - Scha Al-Yahya
18) Artis Lelaki Paling Sensasi - Azwan Ali
19) Artis Wanita Paling Sensasi - Abby Abadi

Siti dipilih sebagai penerima Anugerah Khas itu kerana sepanjang tempoh penglibatannya dalam industri seni, beliau telah berjaya meraih pelbagai kejayaan di dalam dan di luar negara. Selain itu, Siti juga sering mendapat peluang untuk menjadi penghias kulit hadapan pelbagai majalah.

“Siti ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Karangkraf dan Media Hiburan kerana memberi penghormatan ini. Sepanjang 15 tahun berada dalam industri, memang banyak suka, duka, pahit, manis yang telah Siti lalui. Sebagai anak seni, untuk berjaya kita memang perlu menghadapi cabaran dan dugaan dengan penuh kesabaran.

Media Hiburan telah banyak memberi sokongan kepada Siti selama ini dan Siti juga senang berkerjasama dengan mereka. Siti juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang tidak jemu menyokong Siti selama ini,” ujar Siti ketika naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut. Selain itu, Siti juga memenangi satu lagi anugerah yang dipertandingkan iaitu Artis Wanita Berkulit Cantik dengan menewaskan Camelia, Irma Hasmie, Erra Fazira dan Faradhiya.

Seorang lagi artis yang turut mendapat penghargaan pada acara ini ialah Ramlah Ram. Penyanyi yang suatu ketika dulu berada di puncak populariti ini menerima Penghargaan Istimewa PPMH bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan selama berkecimpung dalam dunia nyanyian. Walaupun penyanyi baru datang dan pergi, Ramlah masih mampu bertahan dan masih mempunyai peminat setia hingga kini. Sebanyak 19 kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah PPMH kali ini. Acara yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 ini diadakan serentak dengan sambutan ulangtahun Media Hiburan ke 25.

Mengulas tentang penganjuran anugerah itu, Editor Media Hiburan, Meen Tahrin menjelaskan, Anugerah PPMH diadakan bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan air tanah air. “Dalam masa yang sama, ia juga turut memberi peluang kepada pembaca setia Media Hiburan untuk memilih sendiri artis atau selebriti kegemaran mereka. Setiap pemenang adalah pilihan pembaca seratus-peratus kerana ia berdasarkan undian yang dihantar oleh peminat melalui borang undian ataupun kiriman SMS,” ujar Meen.

Ditanya mengapa kategori-kategori yang dipertandingkan tidak terarah kepada bakat atau pencapaian yang diraih oleh artis pula, Meen memberitahu itulah keistimewaan Anugerah PPMH ini. “Anugerah ini memang berbeza dengan penganjuran anugerah-anugerah lain. Kategori-kategori ini diperkenalkan setelah menyedari peminat-peminat di luar sana bukan sahaja meminati bakat yang ada pada seseorang artis, tetapi mereka juga melihat kepada faktor-faktor lain seperti fizikal dan keperibadian yang mereka miliki,” jelas Meen.

Anugerah PPMH ini diacarakan oleh Along Raja Lawak dan Didie Alias. Gabungan dua pelakon komedi agak menghiburkan walaupun ada ketikanya Along nampak melebih-lebih dan tidak peka dengan isu-isu sensitif. Acara yang berlangsung selama tiga jam ini turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan daripada artis yang terdiri daripada One Nation Emcees, Elyana, Fabulous Cats, Adam, Alyah, Black dan tidak ketinggalan persembahan istimewa daripada Datuk Siti dan Ramlah Ram.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.