Thursday, 29 April 2010

Haliza Misbun seksi berkemban di filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!



Haliza Misbun seksi berkemban di filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!

“Saya tiada niat untuk menyeksikan diri. Waktu itu saya tiada gambaran syot bagaimana yang diinginkan oleh pengarah. Kalau saya tahu dia mahu ambil syot dari atas, sudah tentu saya tak akan pakai (gaun).

“Jika rasa babak itu keterlaluan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan memotong (babak yang tidak sepatutnya) tetapi filem ini lulus bersih,” ujar penerbit dari Big Productions Sdn Bhd itu.

Bukan soal seksi sahaja, ada juga yang berpendapat, pakaian yang dipakai oleh Haliza di hari pernikahannya dengan Omar Shariff (Fahrin Ahmad) tidak sepadan dengan pakaian pasangannya.

Jelas Haliza, memang dia sengaja memikirkan tentang ketidaksesuaian itu bagi menunjukkan pertembungan yang berlaku antara dua individu itu.

“Cara Nikki berpakaian pengantin yang serba tidak kena dengan pengantin lelaki itu merupakan petunjuk yang dia sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin tetapi terpaksa menerima lelaki itu. Jadi sebab itu dia buat tetapi tidak ikhlas,” beritahunya.

Apabila membaca perkataan andartu atau anak dara tua, ramai yang meneka cerita itu ditujukan kepada Haliza yang masih membujang sehingga kini.

Walaupun bunyinya agak sinis, dia tidak menafikan cerita itu merupakan luahan hatinya mewakili wanita yang berstatus andartu.

“Apabila berjumpa dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya, ramai yang mengeluh susah untuk mencari suami sehingga ada yang enggan pergi mana-mana majlis kahwin.

“Bagi saya, bukan mudah untuk mencari lelaki yang benar-benar berkualiti. Tetapi agak keterlaluan pula jika saya katakan lelaki di luar sana semuanya tidak berguna.

“Yang penting, saya buat filem ini untuk memberitahu yang kami bukannya sengaja memilih untuk tidak berkahwin tetapi disebabkan sukar mencari keserasian dengan lelaki,” jelasnya lagi.

Namun dia mengaku hanya dalam tidak lebih 25 peratus jalan cerita filem itu menyentuh tentang pengalaman dirinya.

Haliza sangat optimis filem yang akan ditayangkan di pawagam mulai 20 Mei ini akan mendapat sambutan baik.

Selain Haliza, filem edaran MIG Productions itu turut membariskan pelakon terkenal seperti Awie, Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Muttalib, Abby Abadi dan Erra Fazira termasuk penampilan istimewa pelakon Indonesia Ari Wibowo.

1 comment:

  1. PLZ LAA HALIZA JANGAN LAH PAKAI PAKAIAN YANG MEMALUKAN ORANG ISLAM DAN ESCPECIALLY KAUM WANITA MELAYU.MEMALUKAN.TAKKAN DIRI SENDIRI X NAMPAK TETEK TERJOJOL2 2.MALU AR WEY..KAN DAH TUA..BAWA2 ISTIFAR DAN BERAKHLAK SEKIT

    ReplyDelete

Search This Blog

Powered by Blogger.