Wednesday, 14 April 2010

Ida Nerina Bercerai dengan suami

Lagi cerita artis kita bercerai.Perkara paling dibenci tuhan.Apa pun kalau dah tak sepakat tiada siapa dapat menghalang.
suami-ida-nerina
Suami pelakon Ida Nerina hari ini memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa dia melafazkan cerai selepas bertengkar dengan isterinya itu pada 22 September 2009.

Plaintif, Sha'arin Mohd Razali dalam keterangan bersumpahnya memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa sebelum itu defendan mengusirnya keluar rumah dan minta diceraikan.

Dakwanya, insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi dan bertempat di bilik tidur rumah pasangan itu yang terletak di Metropolitan Square, Bukit Damansara Perdana.

"Baiklah, saya ceraikan kamu," katanya ketika disoal oleh peguamnya, Mahyuddin Md Zahari.

Bagaimanapun, Sha'arin yang juga bekas pemuzik kumpulan Blackrose itu memberitahu dia tidak menyatakan jumlah talak yang dilafazkan kepada isterinya.

Sejurus itu katanya, dia telah mengarahkan pembantu rumahnya mengemaskan barang kepunyaannya sebelum keluar dari rumah itu.

Dia berkemeja lengan panjang berwarna putih dan berkaca mata gelap hadir bersama seorang temannya manakala Ida tidak hadir.

Ida yang tidak hadir bagaimanapun diwakili oleh peguamnya, Akbarden Abdul Kader.

Prosiding hari ini menyaksikan Mahyuddin menyoal balas anak guamnya, Sha'arin berhubung lafaz cerainya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.