Thursday, 1 April 2010

Update terkini:Din Beramboi meninggal dunia

Begitu ramai peminat dan rakan artis yang begitu sedih di atas pemergian Din beramboi malam tadi.Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.Berita yang arwah Din sakit koma disebabkan kencing tikus sebelum ini bukanlah penyebab sebenar.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.-MStar

din-beramboi

Alfatihah!Moga roh beliau di rahmati Allah SWT.AMin..

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.