Sunday, 18 July 2010

Perkahwinan Annahita Bakavoli dengan Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad

Terbaru, perkahwinan Annahita Bakavoli dengan Datuk Saiful Baha.Hanya dgn sekali lafaz, pelakon dan model, Annahita Bakavoli, 28 sah menjadi isteri kepada Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Saiful Baha Datuk Mohd Arshad, 44. Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin, Shah Alam selepas solat Asar, 11 Julai 2010. Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh jurunikah Kawasan Shah Alam, Khairudin Hayon, manakala bapa Annahita, Mehdi Bakavoli bertindak sebagai wali.

Turut hadir ialah Tengku Panglima Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, ibu Saiful, datin Rohani Abd Mutalib, ibu Annahita, Norma Bahari, ahli keluarga terdekat dan kenalan. Annahita adalah Dewi Remaja (2002-2003) anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf. -Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered by Blogger.