-----------------------------------------------------------------------------------------
Anuar Zain bakal muncul Album Baru
Anuar Zain baru-baru ini heboh mengatakan dia telah RM150,000 untuk kepuasan dirinya. Banyak tu duit.Memang terkejut juga bila dapat tahu Anuar Zain sanggup berbuat demikian. Jangan ada fikir mengarut pulak ye. Anuar Zain berhabis duit besar demi album terbarunya yang masih dalam pembikinan. Agak lama juga Anuar tak muncul dengan album terbaru, balik-balik hanya putar lagu lama sahaja. Tapi lagu dia memang best-best pun.Lagu terbaru Anuar Zain berjudul Ku Berjanji Karna Cinta katanya sedap.Kalau kasi free download link lagu Anuar Zain sure ramai yang download punye!ahaks.
Malah ada seorang teman yang menjadi sang pemuja setia adik kepada Ziana Zain memberitahu yang dia sudahpun mendengar lagu terbaru Anuar yang akan dimuatkan dalam album baru nanti.
“Aku dah dengar lagu Ku Berjanji Karna Cinta tu, memang sedap sangat beb. Aku dapat rasakan kematangan Anuar itu sendiri dan yang paling penting suaranya memang lain daripada yang lain. Bila aku dengar lagu itu berulang-ulang kali pun aku tak jemu. Memang teruja sampai tak tahu nak cakap apa. Album dulu dia berhabis hampir RM100,000 juga. Kali ini kos semuanya semakin meningkat memandangkan album itu di buat diIndonesia tau.
“Bila aku berborak dengan dia, aku dapat rasakan yang dia juga mahu album barunya itu memberikan impak kepada karier seninya seperti mana yang pernah dikecapinya sebelum ini,” katanya. -Utusan

Discussion
What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].
Leave a ReplyYou must be logged in to post a comment.